Post navigation

Fakta dan Cara Nak Kenal Emas

Posted on by

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua… Dengan hobi baru bulan ini cik tom akan rajinkan diri untuk update apa-apa info mengenai emas yang cik tom rasa menarik untuk tatapan diri cik tom dan juga perkongsian semua. Semenjak seminggu dua ni cik tom rajin pergi menyelongkar entry2 yang menarik dari website perniagaan emas mengenai kelebihan melabur emas jongkong/ dinar emas tapi rasanya belum berminat lagi untuk ke arah beli jongkong emas/ dinar emas buat masa sekarang. Akan datang tak tahulah. Tapi bagi sesiapa yang berminat elok beli sekarang sebab harga emas masih murah. Dengar2 cerita harga emas bakal naik akhir tahun ni sehinggalah tahun depan. Wallahualam…

Fakta dan Cara Nak Kenal Emas

1. Jenis-jenis emas yang popular di pasaran Malaysia
2. Tanda-tanda lain pada Perhiasan Emas
3. Mengapa Emas di Campur Dengan Logam Lain?
4. Emas diguna Sebagai Salutan (Coating)
5. Kandungan Emas Dalam Barang Kemas
6. Emas diguna Sebagai Saduran (Plating)
7. Apa yang Harus di Beli?

Gambar emas

i. Emas 10 atau 999 – 24K – 99.9% kandungan emas (24K gold, adalah emas tulen)
ii. Emas 950 – 23K – 95.4% kandungan emas (23K gold, kandungan emas hanya 95.4% sahaja. 4.6% lagi adalah campuran besi, pasir atau lain-lain logam)
iii. Emas 916 – 22K – 91.6% kandungan emas (22K gold, kandungan emas hanya 91.6% sahaja. 8.4% adalah campuran besi, pasir atau lain-lain logam)

Tanda-tanda lain pada Perhiasan Emas

Selain dari tanda karat pada perhiasan emas, ia juga perlu disertai dengan tanda atau cop dagangan untuk mengenal pasti pembuatnya. Tanda negara asal barangan mungkin juga akan disertakan. Di kebanyakan negara di dunia undang-undang menghendaki setiap barang kemas secara jelas dicop dengan simbol karat. Ia sering dikawal melalui sistem “Hallmarking” yang berasal dari London di “Goldsmiths’ Hall” mulai abad ke 14. Hari ini “Hallmarking” adalah diwajibkan di Belanda, Mesir, Britain, Peranchis dan Bahrain.

Di Malaysia, kebiasaan cop diletakkan di kancu barang kemas dengan cop samaada emas jenis 999, 916 dan jenis-jenis emas yang lain dan ada juga dicop dengan karat seperti 22k, 18k, 14k. Ada juga dicop berserta dengan tempat pengeluaran barang kemas seperti HB (habib jewel). Jika tiada undang-undang yang mengawalnya, pengilang akan sewenang-wenangnya mengecop sendiri barang kemas mengikut cop tanda perusahaan mereka termasuk karat dan ketulenan.

Mengapa Emas di Campur Dengan Logam Lain?

Emas tulen tidak praktikal dan tidak sesuai untuk dipakai sehari-hari kerana lembut. Jadi ia perlu dicampur dengan logam lain supaya lebih keras dan tahan lasak. Menambahkan logam lain sebagai campuran “metallurgists” membolehkan anda menukar warna emas. Paladium atau nikel boleh ditambah untuk mencipta emas putih. Tembaga di tambah untuk menghasilkan warna mawar atau merah muda.

Emas diguna Sebagai Salutan (Coating)

Berbagai kaedah mekanikal digunakan untuk menerapkan lapisan emas kepada logam selain emas supaya sesuatu barang kemas itu menjadi jauh lebih murah. Semakin tebal lapisan emas disalutkan, bemakna semakin tahan lama dan sukar logam di dalamnya terdedah disebabkan hakisan.

Kandungan Emas Dalam Barang Kemas

Kebanyakan barang-barang kemas baru telah ditanda yang menunjukkan berapa banyak dan apa jenis emas digunakan untuk salutan. Contoh 22K gold, kandungan emas hanya 91.6% sahaja. 8.4% adalah campuran besi, pasir atau lain-lain logam. Ini berdasarkan kandungan emas sebanyak 91.6%.

Emas diguna Sebagai Saduran (Plating)

Saduran emas adalah proses yang menggunakan kaedah elektrolisis. Lapisan emas pada barang kemas yang menggunakan kaedah saduran biasanya lebih nipis berbanding dengan emas dalam bentuk emas salutan, mungkin anda pernah terdengar istilah-istilah seperti mencuci emas atau mengilatkan barang kemas secara percuma setahun sekali apabila membeli barangan kemas mereka, ini menggambarkan lapisan emas yang disadurkan sangat tipis dan tidak bermanfaat atau tahan lama dan perlu di sadur semula.

Apa yang Harus Di Beli?

Emas tumpat (solid gold) adalah tahan lama, ia merupakan pilihan yang terbaik untuk perhiasan anda. Jenis salutan atau saduran yang mungkin menyebabkan reaksi alergi atau alahan. Jika anda mempunyai alergi terhadap nikel atau logam lain, pilihlah yang mempunyai kandungan emas seperti emas 18K atau 22K. Emas tumpat senantiasa mempunyai nilai samaada belian, jualan atau gadaian. Walau bagaimanapun ianya tetap bergantung kepada kemampuan kewangan masing-masing.

Nak tahu atau tak emas tue betul atau palsu, boleh pergi periksa lebih lanjut dekat mana-mana kedai emas berdekatan atau sistem pajak gadai Islam, Ar-Rahnu.

Sumber asal: Bagaimana Membeli Perhiasan Emas

p/s: Kalau nak kahwin nanti nak minta hantaran dalam bentuk dinar emaslah. huhu…

********************************************************
klik sini
klik sini

44 thoughts on “Fakta dan Cara Nak Kenal Emas

    • bagi cik tom minat pakai barang kemas tue no 2…1st ciktom tengok kelebihan jangka masa panjang untuk simpanan emas dalam bentuk emas perhiasan (barang kemas)..

    • sekarang turun berbanding harga masa raya..tapi bakal naik lagi.. harga emas sentiasa naik sbb emas tak terikat pada kadar inflasi…contoh zaman rasullullah sehinggalah sekarang 1 dinar (emas) masih lagi boleh beli seekor kambing. Tapi nasi lemak zaman kita sekolah dulu kalau harganya 50 sen tapi sekarang dan seringit lebih walaupun pada kuantiti dan kualiti yang sama. So nampak tak perbezaannnya. means harga emas sentiasa naik dari tahun ke setahun…

  1. teringin nya nak beli emas lagi..
    tapi untuk akak yg berpendapatran sederhana ni
    tk boleh la nak beli selalu…
    raya ke,harijadi ke baru la nak merasa..:P

    mak akak kat kampung
    ada buat pelaburan ems .
    memang untung..
    diana recently posted..blog lelaki dan blog perempuanMy Profile

    • ala xpe akak..kalau ada rezeki lebih boleh beli..simpanan dalam wang tunai kertas pun perlu akak..kalau semua duk beli emas susah jugak..ciktom lebih prefer emas dlm bentuk emas perhiasan dari emas jongkong..

  2. sama macam apa yg pensyarah cakap minggu lepas..
    sekarang dah musim dagang-dagang emas

    *kepada perempuan yg bakal berumahtangga jgn minta duit hantaran just mintak emas 1kg je.. Huhuhu~~

    Simpan2.. cukup tahun gadai..

    P/s : Jangan lupa keluarkan zakat ye.. cara pembayaran dan pembhgian zakat emas sila rujuk pada kaunter2 yang terpilih ditempat anda.. Hehe=)

  3. Pingback: Fakta dan Cara Nak Kenal Emas | Ciktom » GoldSilverBoom

    • up yunk..emas ni mmg dicmpr unsur lain sbb sifat emas tulen lembut so xsesuai nak buat perhiasan yg jenis berukir/berlian..so sbb tue cmpr unsur lain nk bg keras..

  4. Pingback: Fakta dan Cara Mengenali Emas | FIR