Koleksi Resepi Menarik Di Bidadari.My Boleh Anda Masak

Anda suka memasak? Kalau dahulu betapa susahnya nak belajar memasak atau dapatkan apa-apa koleksi resepi menarik. Lebih-lebih lagi bila anda bertanyakan pada emak anda bagaimana dan berapa sukatan untuk masak resepi itu dan ini. Kebiasaanya jawapan emak berikan entahlah emak main campak je masuk dalam periuk. hehe… Tapi kini betapa mudahnya pelbagai koleksi resepi terdapat di internet. Mahukan resepi menarik, semuanya dihujung jari. Yang tinggal nak atau tak sahaja kan.

Salah satu website yang ciktom suka lawati untuk mencuba pelbagai resepi ialah Bidadari.my. Ciktom suka sebab koleksi resepi yang diberikan rata-ratanya memberikan feedback yang positif atau bahasa mudah, gerenti jadilah!

Antara koleksi Resepi Menarik Di Bidadari.MY Boleh Anda Masak

Jom tengok 5 resepi random yang ciktom petik dari website Bidadari.MY. Ada banyak lagi koleksi resepi yang super duper best semuanya.

Resepi Ayam Masak Merah Resepi Sedap Murah Macam Kenduri!

Koleksi Resepi Menarik Di Bidadari.My Boleh Anda Masak

Perghhhh tengok gambar ayam masak merah ni pun dah terliur kan?? Walaupun anda mungkin rasa alah ayam masak merah memang dah selalu masak. Tapi tunguu…. resepi ayam masak merah yang dikongsikan ini lain dari biasa tau malahan rasanya enak seperti makan di kenduri.

Siap ada terselit tips resepi masakan supaya ayam masak merah anda nampak sedap dan warnanya cantik.

Untuk resepi sepenuhnya sila ke; Resepi Ayam Masak Merah

Resepi Ayam Masak Kicap (Lazat dan Ringkas!)

Resepi ayam masak kicap ini boleh dikatakan salah satu resepi kegemaran orang bujang. Kanak-kakak pun suka makan tau. Hidangan ini paling ringkas untuk disediakan dan confirm berselera makan. Lagi-lagi jika dihidangkan ayam masak kicap ini bersama nasi panas-panas. Tak sah kalau tak menambah. Ini resepi paling legend kesukaan pelbagai generasi dari yang kecik sehingga orang tua.

Untuk resepi sepenuhnya sila ke; Resepi Ayam Masak Kicap

Resepi Nasi Lemak Sedap (Simple)

Nasi lemak dah jadi salah satu trademark makanan Malaysia. Resepi nasi lemak ni hasil dari resepi turun temurun dan turut dijadikan sumber pendapatan rezeki oleh tuan empunya resepi. Mungkin anda fikir susah nak buat nasi lemak, jangan risau menu dan caranya yang diberikan akan buat anda tak sabar untuk membuatnya.  Rupanya simple je buat nasi lemak sedap!

Untuk resepi sepenuhnya sila ke; Resepi Nasi Lemak

Resepi Kek Batik Milo Lembut Dan Mudah (Resepi Viral)

Pernah tak anda cuba resepi tapi rupanya resepi tu tak lengkap dan langsung tak sedap?  Tak usah risau resepi kek batik milo ini dikongsikan dari peniaga kek batik milo sendiri dan diperakui memang sedap dan resepi lengkap sehingga viral di media sosial tau.

Untuk resepi sepenuhnya sila ke; Resepi Kek Batik Milo

Resepi Rendang Ayam (Gerenti Menjadi!)

Majoriti masyarakat melayu amat menggemari rendang ayam. Boleh dikatakan rendang salah satu menu wajib ketika musim perayaan. Takde tak umpphhh la… Asyik tengok emak atau nenek je masak,apa kata anda sendiri cuba buat sendiri je. Anytime boleh masak dan makan, tak perlu tunggu raya baru dapat rasa.

Resepi rendang ayam ni sangatlah mudah. Lagi best siap bergambar satu persatu cara nak masak rendang ni tau. Dari bahan-bahan sehingga masak atas kuali. Confirmmm jadi rendang ayam sedap!

Untuk resepi sepenuhnya sila ke; Resepi Rendang Ayam

So, macam mana? Nak tambat hati suami bermula dari perut tau. Jangan jadikan alasan tidak pandai memasak untuk anda malas memasak. Nak pandai masak kena rajin belajar memasak bak kata pepatah Inggeris Practice makes Perfect. Semua resepi ini sememangnya mudah untuk dibuat dan sedap untuk dinikmati bersama keluarga tersayang.

Ingin dapatkan pelbagai resepi yang sedap dan mudah? Jom follow koleksi resepi di Bidadari.my dan cuba segala resepi menarik sekarang!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

One thought on “Koleksi Resepi Menarik Di Bidadari.My Boleh Anda Masak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE