Mekaray Ventures Formulasi Pemakanan dan Perubatan Islam

Dunia kini semakin tercemar dengan lapisan ozon yang makin menipis. Ini mendedahkan tubuh badan kita kepada pelbagai penyakit merbahaya yang mungkin boleh membawa maut.

Mekaray Ventures Formulasi Pemakanan dan Perubatan Islam
Photo by @cvsproduction @feeqsays

Dahulu kita selalu mendengar bahawa penyakit kronik biasanya hanya dihidapi pada usia tua. Tapi kini pada seawal usia remaja 20 tahun sudah ada yang menghidap penyakit darah tinggi, diabetes dan pelbagai penyakit kronik lagi.

Sebaiknya kita perlu mencegah dari berlakunya penyakit kronik dengan mengamalkan pemakanan sihat sepertimana tagline “Mencegah lebih baik dari mengubati“. Lagi-lagi dengan keadaan peningkatan kos perbelanjaan hospital yang mencecah puluhan ribu ringgit.

Perniagaan Online Mekaray Ventures Sdn.Bhd

Atas kesedaran inilah tertubuhnya syarikat bumiputera Mekaray Ventures Sdn. Bhd dengan misi untuk menemui kaedah mengubati pelbagai jenis penyakit kronik. Pengasas syarikat berasaskan pemakanan dan perubatan Islam ini ialah Encik Norazuan Osman dan Puan Liza.

Mereka berdua merupakan pakar dalam bidang farmasi, perubatan dan networking.

Lebih menarik Mekaray Ventures turut melantik Ustaz Dr Wan Nasyruddin pensyarah kanan Fakulti Pengajian Islam UKM sebagai penasihat koperat. Beliau merupakan penulis bagi buku bertajuk “Indahnya pemakanan dan perubatan Islam”.

Mekaray Ventures Formulasi Pemakanan dan Perubatan Islam

Mekaray Triple-M, Mekaray Mega Viniga
Photo by @cvsproduction @feeqsays

Antara dua produk formulasi pemakanan sunnah dan perubatan Islam yang laris dan terbukti dengan pelbagai testimonial berkesan ialah;

  • Mekaray Triple-M
  • Mekaray Mega Viniga

Triple-M berasaskan Talbinah

Makanan kesihatan Triple-M menggabungkan tiga bahan utama yang berkhasiat tinggi iaitu Talbinah “barley”, madu dan Laban “Yogurt”. Triple-M dikeluarkan dalam bentuk serbuk yang perlu dibancuh dengan air suam.

Rasanya susu lemak berkrim dan memang menjadi favourite cik tom selepas mencubanya. Ianya perlu diminum ketika perut kosong pada waktu pagi dan petang.

Talbinah makanan kesihatan triple m

Bahan utama Talbinah ialah makanan kesihatan yang terbaik untuk mententeram hati dan menghilangkan tekanan perasaan. Ianya dari formulasi perubatan Islam yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W.

Kelebihan dan khasiat mengamalkan Triple-M;

  • Merawat stress dan tekanan perasaan
  • Mengurangkan sebahagian kesedihan.
  • Merawat masalah dalam perut.
  • Mengawal tekanan darah tinggi dan kadar gula dalam darah.
  • Membekalkan tenaga kepada badan
  • Sarapan pagi yang sangat berkhasiat.
  • Boleh dijadikan minum petang dan makan malam
  • Sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan bayi

Meka Viniga Formulasi Diet Sihat

Mekaray Meka Viniga ialah produk berasaskan penjagaan kesihatan dan juga untuk tujuan menurunkan berat badan. Bahan makanan utama di dalamnya ialah cuka kurma, habatussauda, minyak zaitun, madu serta ekstrak Delima, Minyak Kelapa Dara, Garam Bukit dan air bertapis.

Cik tom suka minum Meka Viniga kerana ia dikeluarkan dalam bentuk cecair serta berperisa oren. Malahan ianya mudah diambil pada bila-bila masa. Cuma perlu koyak plastik dan sedut.

meka vigina produk berasaskan perubatan islam

Kesan terbaik sedut ketika perut kosong pagi dan petang. Pastikan minum air masak secukupnya mengikut berat badan(25kg=1L).

Kelebihan dan khasiat mengamalkan Meka Viniga;

  • Merawat dan mengurangkan berat badan yang berlebihan
  • Membuang kolesterol dan meningkatkan HDL
  • Meningkatkan stamina dan kecergasan badan
  • Merawat dan mengurangkan masalah gastrik
  • Anti kanser dan anti aging
  • Merawat dan mengurangkan sakit migrain
  • Menyingkir toksik dan melancarkan perjalanan darah
  • Merawat dan mengurangkan masalah senggugut

peluang perniagaan onlineDi samping itu, Syarikat Mekaray Ventures turut menawarkan peluang perniagaan online kepada mereka yang ingin meraih pendapatan lumayan dengan strategi pemasaran unik. Untuk maklumat lanjut sila hubungi;

Website    : Mekaray Ventures
Fanpage    : Mekaray Ventures Official
Instagram  : @mekarayofficial

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

15 thoughts on “Mekaray Ventures Formulasi Pemakanan dan Perubatan Islam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE