Resepi Daging Masak Black Pepper Cara Mudah dan Sedap

Salam.. Kali ini cik tom nak share resepi cara nak buat resepi daging masak black pepper (lada hitam) yang biasa cik tom masak. Cik tom masak resepi daging masak black pepper sebab rasanya sedap. Resepinya amatlah mudah, senang dan menyelerakan. Sejak bekerja kat Negeri Sembilan ni makin rajin cik tom memasak. Lagi seronok bila masak ada orang puji best. Hee.. Resepi daging masak black pepper yang cik tom masak ini hanya untuk anggaran 2 orang makan. So, kalau untuk lebih dari 2 orang makan atau suka makan banyak, korang boleh ubahsuai kuantiti resepi daging masak black pepper ni ye.

daging masak black pepper

Bahan-bahan Resepi Daging Masak Black Pepper (untuk 2 orang makan);

1 mangkuk kecil daging (dipotong kecil)-anggaran 200 gm
2 ulas bwg putih+Β  1/2 labu bawang besar (dikisar)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 Β labu bawang besar (dihiris)
1/4 sudu kecil garam halus
1/2Β  sudu kecil serbuk perasa
1 sudu kecil minyak untuk menumis

Cara-cara masakan resepi daging masak black pepper;

1. Panaskan minyak di dalam kuali.

2. Kemudian tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar sehingga naik bau.

3. Masukkan daging, serbuk lada hitam, bawang besar yang dipotong dan kacau sehingga rata.

4. Masukkan air dalam kuantiti yang banyak dan tutup kuali untuk empuk/ lembutkan daging.

5.Β  Masukkan garam dan serbuk perasa.

6. Masukkan air sedikit lagi kalau nak berkuah. Sebenarnya lagi sedap jenis masakan kering tapi gambar di atas berkuah kerana kawan cik tom tak boleh makan nasi takde kuah. Huhu..

7. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Selamat mencuba resepi ayam masak black pepper yang ringkas dan lazat πŸ˜‰

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

24 thoughts on “Resepi Daging Masak Black Pepper Cara Mudah dan Sedap

    • August 17, 2011 at 2:15 pm
      Permalink

      fevret cik tom jugak daging masak black pepper…sedap!hehe..

      Reply
  • August 17, 2011 at 12:48 pm
    Permalink

    selalu makan ni masa dalam pantang besalin dulu..
    heheheh..mak akak masak bukan bubuh satu sudu lagi dah..
    tapi 4,5 sudu gamaknya…
    nak bagi senang berak..
    hehehehh
    Jom baca entri terkini diana …kenapa berjauhan??My Profile

    Reply
    • August 17, 2011 at 2:26 pm
      Permalink

      owh makanan berpantang black pepper ek..tapi sedap..cik tom suka black pepper…hehee…

      Reply
    • August 17, 2011 at 1:24 pm
      Permalink

      biasa2 je..lagipun perempuan kena la tahu asas memasak kan…senang nati di kemudian hari..heee

      Reply
    • August 17, 2011 at 2:33 pm
      Permalink

      memang senang je pun..so praktiskan la masak memasak dari sekarang…hehe

      Reply
  • August 17, 2011 at 3:12 pm
    Permalink

    wahhhh..nampak sedap meh..hehe…ade black paper lagi. dah puas makan sambal. hihi. leh try..:)
    Jom baca entri terkini mish …Penaik Nafsu BloggingMy Profile

    Reply
    • August 18, 2011 at 11:44 am
      Permalink

      boleh la mish cuba masak black pepper plk pasni πŸ˜‰

      Reply
  • August 17, 2011 at 5:10 pm
    Permalink

    cik tom,berat blog yaty cuma ni
    1 cahayakehidupan.com/ 24.65 KB 3.32 seconds 0.13 seconds
    still berat lagi ke?

    cik tom nak tanya,cam ne nak tukar permalink ek,yaty try tukar kan,yang baru tak leh buka,yang entry lama leh buka,bila default yang entry baru leh buka tapi entri lama tak leh buka?cmne ni?habis entry2 lama error..leh tolong tak ciktom…
    Jom baca entri terkini cahayakehidupan …Grrr itu pun tak dapat nak beza ke?Berkhayal ke apa?My Profile

    Reply
    • August 18, 2011 at 2:29 pm
      Permalink

      hi yaty..dah ok size blog yaty..maybe internet ciktom slow kot semalam..cik tom dah tgk blog yaty..ok je permalink tue..maybe sebab br tukar..tue amik masa sikit…cik tom try click semua dah redirect ke permalink baru…kalau ada masalah boleh tanya cik tom..insyaAllah cik tom akan bantu mana yang tahu..cik tom still dalam proses nak belajar lagi wordpress..heee…

      Reply
  • August 17, 2011 at 5:27 pm
    Permalink

    slm..dah lama tak dtg sni,bz memanjang smpi blog pun terabai seketika..ermm pndai pulak cik tom masak ye..
    sy suka mkan benda ni.hehe selalu layan kat ioi mall,sedap tapi mahal..tlg masakkn blh sayam?/ehehe

    Reply
    • August 18, 2011 at 11:38 am
      Permalink

      tue la tengok blog jrg update…komen pun xapprove…pelik..huhu….boleh je sayam!haha..

      Reply
    • August 18, 2011 at 11:43 am
      Permalink

      memang sedap makan resepi black pepper…cik tom memang suka masak resepi yang mudah2..masa nak masak pun tak lama sebab pas balik keje 5 lebih tue cik tom akan masak..so better yang senang dan mudah..

      Reply
    • August 23, 2011 at 2:52 pm
      Permalink

      ala seganlah..kak chik punya masakan lagi best…xpe akak..cik tom pun dh lm xpi blog akak sbb busy +jrg online..semua entry ni dah set autopublish..

      Reply
  • September 14, 2011 at 3:14 am
    Permalink

    cik tom cik tom… nak request resepi pizza simple dan mudah tp sedap πŸ˜€ hihi
    Jom baca entri terkini shah blogger …Buat Duit AmazonMy Profile

    Reply
    • September 17, 2011 at 5:59 pm
      Permalink

      resepi pizza?cik tom xpernah cuba lagi buat pizza..nanti tengoklah ada masa cik tom kena cuba dulu baru la boleh buat resepi pizza pulak..hee

      Reply
  • November 13, 2011 at 1:07 am
    Permalink

    Ciktom … kan kena tutup kuali biar daging dia empuk .. agak’2 kena tungu dlm berapa minit ?

    Reply
    • December 26, 2011 at 7:51 pm
      Permalink

      tunggu dalam setengah jam nak betul2 empuk..

      Reply
  • January 13, 2013 at 3:11 pm
    Permalink

    urmmm..black pepper jew ke..x letak kicap??hitam jew colour kuah dye tu??nak try masak nie..takut2 salah pulak..hehe..

    Reply
    • January 14, 2013 at 12:52 pm
      Permalink

      cik tom letak blackpepper+sos tiram..tp kl nak bg hitam boleh jgk yana nak letak kicap..tp ciktom guna blackpepper yang blend sendiri jadi serbuk..tue kl guna mmg dah hitam warnanya πŸ™‚

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE