Resepi Diet Atkins: Agar-agar Atkins

Assalamualaikum dan salam ceria…. Banyak koleksi resepi bagi pengamal diet atkins yang cik tom kumpul dari facebook Kelab Diet Atkins Malaysia (KDA) pada tahun 2014-2015. Cik tom pernah amalkan diet atkins dari 2014-2015 tapi bukanlah pengamal diet atkins yang tegar. Cik tom suka selang selikan diet atkins tapi paling utama cik tom amalkan pemakanan sihat inspirasi dari Kevin Zahri.

Cik tom duk godek2 dalam folder laptop cik tom ternampak banyak koleksi gambar dan resepi yang cik tom kumpul masa tengah rajin cari ilmu dan menu menarik untuk diet atkins. Bosan kalau makan menu sama je setiap hari kan. Best tau buat diet atkins sebab otak akan jadi kreatif nak reka atau cuba pelbagai menu baru setiap hari. Hihi..

Dari banyak cik tom menaip dan berceloteh baik kita layan menu diet atkins agar-agar atkins yang sesuai untuk semua fasa 1, 2, 3 dan 4. Tapi makan pun kena bersukat ye. Untuk fasa 1 boleh tapi selepas 2 minggu induction.

Resepi Diet Atkins: Agar-agar Atkins

Resepi asal: Ann Fariehan
Olahan resepi: Cik tom
Fasa:  1,2,3,4

Resepi Diet Atkins: Agar-agar Atkins

Bahan-Bahan Untuk Agar-Agar Atkins;

1 peket agar-agar tali
Sedikit sirap
3 mug air
10 titik Stevia

Cara mudah buat agar-agar atkins untuk diet atkins

  1. Masukkan 3 mug air bersama agar-agar tali ke dalam periuk.
  2. Selepas mendidih, masukkan stevia dan sedikit sirap. Gaul sehingga sebati.
  3. Tutup api dan masukkan adunan agar-agar ke dalam loyang.
  4. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk beberapa jam atau semalaman.
  5. Siap dan boleh dipotong.

Siap boleh potong dan simpan dalam bekas. Boleh amik makan dalam 1-2 potong kecil setiap hari. Jangan makan tak ingat dunia pulak. Makan hanya untuk kurang craving je.

Terima kasih pada Ann Fariehan yang bagi izin cik tom resepi dan gambar dia pernah share di group KDA.Selamat berdiet atkins. Jangan lupa berpada-pada dalam berdiet atkins tu. Jangan sampai mudarat kesihatan diri. Sebaiknya amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat.

Selamat mencuba resepi diet atkins: agar-agar atkins!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

9 thoughts on “Resepi Diet Atkins: Agar-agar Atkins

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!