Post navigation

Resepi Kuih Bakar Pandan Cara Mudah dan Sedap

Posted on by

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Kali ini cik tom nak share resepi cara nak buat masakan resepi kuih bakar pandan cara mudah dan sedap. Kuih bakar pandan ini antara kuih favourite ayah cik tom. Resepi kali ini dari my sister in law (SIL) untuk kuih bakar pandan. Alhamdulillah sedap rasanya cuma SIL cik tom ini terlupa nak goreng dan taburkan bijan sebelum bakar.  Resepi kuih bakar pandan yang SIL cik tom buat rasanya berlemak dan tidak terlalu manis tapi lembut. Mana yang suka rasanya manis boleh tambah lagi kuantiti gula pasir ye. Pesanan SIL buat cik tom dan juga semua pembaca blog cik tom kalau dah kahwin nanti jangan lupa kena pandai ambil hati ayah dan ibu mertua.

Resepi Kuih Bakar Pandan Mudah dan Sedap

Resepi Kuih Bakar Pandan Mudah dan Sedap

Bahan-bahan Resepi Kuih Bakar Pandan:

2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat (1 biji kelapa)
3 cawan jus pandan (10 helai daun pandan yang dikisar)
3 biji telur gred A ( jika guna telur gred lain sila tambah lagi 2 biji)
1 cawan gula pasir
1 sudu kecil garam
2 sudu besar majerin cair
½ sudu kecil pewarna hijau
2 sudu besar bijan (digoreng tanpa minyak)

Cara-cara masakan Resepi Kuih Bakar Pandan:

1. Panaskan ketuhar 180°C selama 15 minit. Gunakan api atas dan bawah.

2. Gaulkan semua bahan supaya sebati, kemudian tapiskan.

3. Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8x 8 inci yang disapukan minyak. Jangan lupa taburkan bijan yang telah digoreng ke atas adunan.

4. Bakar adunan kuih bakar pandan selama satu jam ataupun sehingga masak.

5. Sejukkan dan potong kuih bakar pandan yang dah siap dimasak.

6. Sedia untuk dihidangkan untuk makan pagi atau petang.

Selamat mencuba Resepi Kuih Bakar Pandan yang lembut dan enak ini! ^_^

********************************************************
klik sini

klik sini

20 thoughts on “Resepi Kuih Bakar Pandan Cara Mudah dan Sedap

  1. cik tom tulung perut saya lapar hee…mintk sikit hee..hijau bukan main terang lagi,cayalah

  2. Salam. Apa khabar Cik Tom? Kak Nur harap Cik Tom sihat.. Kak Nur save resepi ni ye.. Nanti boleh cuba buat sendiri.. Tqvm :)