Post navigation

Resepi Puding Jagung Mudah dan Sedap

Posted on by

Salam.. Kalau balik bercuti kat kampung memang seronok dan rajin je nak cuba pelbagai resepi baru. Yelah ramai orang kat rumah bolehlah diorang merasa dan jadi pengkritik. Baru-baru ini cik tom cuba buat resepi puding jagung mudah dan sedap yang cik tom ambil dari buku resepi masakan emak. Ini percubaan pertama dan alhamdulillah rasanya sedap dan rupanya mudah untuk buat resepi puding jagung ni. Biasa sebelum ini cik tom suka beli je 5 potong puding jagung RM2.00. Buat puding jagung sendiri lagi best sebab boleh letak jagung banyak2. Kalau rajin boleh buat bisnes untuk bulan puasa nanti. Huhu ;)

Resepi Puding Jagung Mudah dan Sedap

Resepi Puding Jagung Mudah dan Sedap

Bahan-bahan Resepi Puding Jagung:

1 cawan tepung kastard
1 cawan jagung manis
3 cawan air
½ cawan gula
1 ½ cawan susu cair
1 sudu besar majerin

Cara-cara masakan Resepi Puding Jagung:

1. First, campurkan bahan tepung kastard, gula, jagung, susu cair dan air ke dalam periuk. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati dan pekat diatas api sederhana. **pastikan sentiasa kacau untuk elakkan tepung kastard melekat pada periuk.

2. Tambahkan majerin apabila adunan puding menjadi pekat dan kacau sehingga sebati.

3. Kemudian tutup api dan cepat-cepat angkat dan masukkan ke dalam loyang atau acuan yang disukai sebabnya puding ini cepat sejuk (keras).

4. Masukkan loyang ke dalam peti sejuk dan sejukkan.

5. Bila dah sejuk dan keras, siap untuk dihidangkan.

Mudahkan nak buat puding jagung ni? Selamat mencuba Resepi Puding Jagung Mudah dan Sedap!

********************************************************
klik sini

31 thoughts on “Resepi Puding Jagung Mudah dan Sedap

  1. cik tom kita cma temujanji pula..sama je menu kita nih heee…camner nk tukar2 menu msakn dapur ni hee..

  2. nyummy..chii pun suka puding jagung gak..tp nak lg best..buh dlm peti ais.kasi sejuk..best kan

  3. ciktom, kak lina ambil resepi puding jagung ke Yoskshire, England. Kakak balik S’pore nanti baru hantar laporan. Take care dear, bye!

    • sama2…tahniah berjaya buat puding jagung yang sedap.. ada banyak lagi resepi yang cik tom pernah share sebelum ni.. boleh refer pada category or menu resepi.