Tabung Misi Perbelanjaan Raya dan Kecemasan

Assalamualaikum dan salam sayang… Nak cerita koleksi tabung cik tom lagi. Harap jangan menyampah pulak. Tabung raya ni cik tom mula menabung dari akhir tahun lepas. Sepatutnya target nak pecahkan hari raya untuk bajet raya atau sekiranya ada apa2 kes kecemasan yang perlu gunakan duit.

Tapi cik tom terpaksa pecah awal sebab nak balik bercuti kat kampung dan kemudian nak ke Shah Alam pulak sebelum balik ke Jengka. Nak tinggal kat rumah sewa rasa tak yakin sebab kat sini banyak kes pecah rumah. Kalau tinggal kat kampung susah jugak lambat lagi baliknya. Last2 pecahkan jela.

Tabung Misi Perbelanjaan Raya dan Kecemasan

Tabung Misi Perbelanjaan Raya dan Kecemasan
Selamat pecahkan tabung raya/ emergency..nampak tabung sisi atas cam cun..tapi bawahnya dah berlubang

Tabung ni dah jadi arwah pada 23/4/2015. hehe.. Alhamdulillah jumlah terkumpul RM790. Duit ni cik tom sempat simpan sekejap je sebab dah pun selamat cik tom keluarkan untuk cover kos tambun tanah. Pasal tanah ni lain kali cik tom story mory kan ye.

Cik tom memang suka guna tabung style besi yang langsung kita tak boleh buka kecuali pecahkan/ buka dengan penutup tin. Confim duit tu akan tersimpan elok tanpa gangguan tangan2 yang gatal nak belanja duit. hehe…

Tabungnya pun murah je beli kat kedai RM2. Eh tapi lepas GST jadi RM2.12. hihi… Kalau tak nak bazir duit beli tabung pulak boleh je DIY tabungnya dari botol air ker.. botol bedak ker.. kotak pencuci ker.. Tupperware ker.. jimat pun jimat kan. Contoh macam koleksi tabung cik tom dibawah. Semua dah arwah kecuali yang pink tue. hehe…

Tabung comel buat dari kotak pencuci muka clinelle dan bedak baby pureen
Tabung DIY buat dari kotak pencuci muka clinelle dan bedak baby pureen

Kelebihan lain kalau buat tabung DIY contoh botol bedak/ kotak pencuci tue kan biasa orang tak perasan sangat tue tabung duit. So, selamatlah duitnya.

Bagi cik tom kalau nak menabung ni kena disiplin diri untuk betul2 simpan duit setiap bulan. Kemudian tangan jangan nak gatal2 korek duit tabungnya. Bila cukup tempoh atau tabung penuh cepat2 buka dan simpan dalam bank/ belanja mengikut target.

Korang suka menabung tak? Biasa simpan duit dalam tabung macam mana?

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

24 thoughts on “Tabung Misi Perbelanjaan Raya dan Kecemasan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE