Tips Kurangkan Penggunaan CPU Usage/ CPU Resources

Assalamualaikum dan Salam Sayang buat semua…. Sedih sangat dah 2 malam jugak blog cik tom problem dan tidak dapat akses masuk ke dashboard wordpress dan blog pun sama. Bila try buka akan keluar notification “508 Error: Resource Limit Is Reached. The website is temporarily unable to service your request as it exceeded resource limit. Please try again later.”.Nak buat entry untuk autopublish pun tak sempat. Cik tom pun terus pergi dating tanya customer service netKL. Lepas tue, dengan panjang lebarnya pihak netKL pun share segala maksud disc space, bandwith, CPU Usage/ CPU resources dan tips macamana nak kurangkan penggunaan server resources. Pihak netKL bagitahu penggunaan CPU Resources blog cik tom di shared server pada syarikat hosting telah melebihi limit yang dibenarkan. Bila CPU usage tu turun pada kadar 60% ke bawah, blog boleh diakses kembali. Cuma rugi bila ada yang nak akses blog tak dapat buka. Jadi  cik tom pun pening memikirkan macamana nak “optimize” blog cik tom supaya kurang penggunaan server resources dan pihak netKL ada menyarankan tips-tips kurangkan penggunaan CPU Resources. Cik tom amik inisiatif copy je semua yang diberi dalam perbualan untuk share di blog.

Maksud DISC SPACE ialah = jumlah saiz data (yg dikira dlm MB atau GB) yg dibenarkan utk anda simpan di dalam hosting anda. Jika anda guna myPlatinum, Disc Space limit anda ialah 3GB.

Maksud BANDWIDTH pula ialah = jumlah atau saiz fail/data (yg dikira dlm MB atau GB) yg telah di view/upload/download oleh pelawat2 website anda dalam tempoh SEBULAN. Jumlah penggunaan bandwidth akan terkumpul setiap hari, sehinggalah hujung bulan. Samada anda guna bandwidth ini sepenuhnya, (atau kurang, atau lebih), kiraan bandwidth anda akan di reset semula kepada kosong (0) pada setiap awal bulan (1hb). Bandwidth limit utk pakej myPlatinum ialah 45GB sebulan.

Manakala, maksud CPU Resources/ CPU Usage pula ialah = sebanyak mana kuasa CPU yg digunakan oleh script2 website anda, ketika melayani permintaan pelawat2 website anda. Limit CPU Resources utk semua pakej shared hosting NetKL ialah 25%.

Ini bermaksud, jika script/plugin website anda terlalu berat atau ‘resources intensive’, dan ramai pelawat sedang menggunakannya pada waktu yg sama (di waktu puncak) lalu menyebabkan website anda menggunakan banyak kuasa CPU (melebihi 25% pada satu2 masa), maka, paparan ‘Resource Limit Is Reached’ tu akan muncul di skrin anda. Namun, ia terjadi sekejap2 sahaja, iaitu semasa jumlah pelawat datang terlalu ramai serentak. Setelah pelawat berkurangan, paparan ‘Resource Limit Is Reached’ tersebut akan hilang semula. Jika hari esoknya, pelawat anda ramai semula, dan anda masih guna script website yg sama, maka, paparan ‘Resource Limit Is Reached’ tu mungkin akan timbul semula.

Antara tips-tips untuk mengurangkan CPU usage, Memory Usage, Process running dan Bandwith:

1. Menggunakan theme yang lebih ringan, simple dan mesra pengguna.**rasa theme cik tom dah simple ker kena tukar lagi ek?

2. Anda boleh mengurangkan process website dengan menggunakan cache. Wp-cache dan Wp-super cache seringkali digunakan untuk mengurangkan load website seterusnya mengurangkan pengunaan CPU resources.**memang ada guna plugin W3 Total Cache.

3. Semak untuk melihat apakah salah satu aplikasi plugi dan pastikan mereka diupgrade ke versi terbaru yang tersedia.**cik tom memang sentiasa update new version plugin or theme. 

4. Tutup penggunaan awstat dan juga webalizer. Awstat dan webalizer juga menggunakan cpu usage yang tinggi apabila running. Walaupun hanya dalam beberapa minit running, tetapi bagi website yang mempunyai visitor yang tinggi, anda akan terus mendapat error dan mempunyai potensi untuk disuspend apabila proses simpan dan backup kedua2 ini berjalan.**plugin getclicky dah lama delete sebab dah kena sekat overlimit. Yang tinggal Googles Analytics for WordPress.

5. Kurang penggunaan plugin dalam WordPress kerana sebolehnya guna plugin yang perlu sahaja. Jangan terlalu inginkan terlalu banyak aplikasi pada blog kita.**Ok sekarang ada 12 plugins dalam blog cik tom. Sorry kepada kawan-kawan cik tom terpaksa delete plugin “CumLuV” buat sementara waktu ye. Erm..agak2 mana lagi yang perlu buang ye?huhu…

  1. Akismet
  2. Broken Link Checker
  3. Comment Reply Notification
  4. Dean’s Permalink Migration
  5. Googles Analytics for WordPress
  6. Google XML Sitemaps
  7. Table Of Content Creators
  8. Tweet, Like, Google +1 and Share
  9. W3 Total Cache
  10. WordPress SEO
  11. WP-Optimize
  12. Yet Another Related Posts Plugin

6. Padamkan plugin-plugin yang tidak aktif pada WordPress. Jangan biarkan ianya berada bersama sistem WordPress jika tidak digunakan. **dah delete 3 plugin yang tak aktif.

7. Optimizekan script pada blog seperti Javascript/PHP dan CSS. Jika perlu, gunakan HTML code yang bersifat statik dan tidak menggunakan SSI (server side instruction).**erk yang ni memang failed sebab langsung tak faham kot. huk3..

8. Jangan guna secara berlebihan kod-kod html/Javascript luaran seperti kod yang diletakkan pada sidebar widget dalam blog.**rasanya tak banyak pun ada disidebar.

9. Kurang iklan-iklan yang bersifat  “animated” dengan pautan yang terletak pada blog-blog lain kerana ianya akan menggunakan server resources host blog kita.**iklan yang ada kat blog cik tom, nuffnang dan netkl. Nak kena buang satu iklan nuffnang.

10. Jika blog banyak menggunakan imej/gambar, letakkannya secara berasingan off server seperti di server-server imej yang percuma seperti di imageshack.us, tinypic.com, photobucket.com dan lain-lain. Atau minimakan saiz gambar yang ingin diupload dalam hosting. **ciktom jarang upload gambar banyak2 kalau upload pun saiz gambar paling max 20KB.

11. Pastikan imej dihalang daripada dihotlink oleh laman-laman web yang lain kerana ianya akan menggunakan cpu resources dan bandwidth server anda.**yang ini dah setting dari awal hosting.

12. Gunakan plugin untuk mengoptimize database sql anda seperti WP Optimize. Ianya mampu mempastikan database anda akan sentiasa “bersih” dengan memadamkan “post revisions”, komen spam dan “extra database entry” yang tidak terpadam semasa memadam plugin dan sebagainya.**ok cik tom baru install plugin ni.

Jika ada mana-mana blogger yang mahir dengan masalah ini, harap boleh bagi pendapat atau cadangan lain kat cik tom. Terima kasih.

Sumber: netKL.

DUGAAN BETUL TERBARU SEMUA DI SIDEBAR CIK TOM HILANG YANG TINGGAL BLOGARCHIEVE + CATEGORIES JE. BUKA CPANEL PUN RASA SETTING LAIN JE. TAK TAHU NI PERASAAN CIK TOM KE APE TAPI RASANYA ADA ORANG YANG HACK MY BLOG. SEBAB SEMUA SETTING DAH LAIN. KALAU BETUL CIK TOM TAK HALALKAN SIAPA YANG LAKUKAN!!!!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

77 thoughts on “Tips Kurangkan Penggunaan CPU Usage/ CPU Resources

  • November 29, 2011 at 7:06 pm
    Permalink

    lor yeker?jaatnya hack2 ni..adoii..sabar cik tom.

    Reply
  • November 29, 2011 at 7:07 pm
    Permalink

    wah bergunanya tips ni utk masa depan^^ bestla ciktom^^

    la sapa pula yg hack. tak baik la:(

    Reply
  • November 29, 2011 at 8:03 pm
    Permalink

    yer ker? jahatnya la klau betul kena hack.. x blh tgk org sng.. sian cik tom..;(

    Reply
  • November 29, 2011 at 8:48 pm
    Permalink

    wah bagus info ni cik tom…… nasib baik singgah sini terbaca juga ilmu baru ni….. terima kasih kerana sudi kongsi info….

    Reply
  • November 29, 2011 at 8:50 pm
    Permalink

    errr.. itu utk pengguna WP ke? O.o

    sabar kak tom 🙂 dugaan…

    Reply
  • November 29, 2011 at 9:01 pm
    Permalink

    nice entry.

    Tak dapat nak tolong cik tom sebab saya pun tak mahir bab ni. Banyak belajar dari sini

    Reply
  • November 30, 2011 at 12:05 am
    Permalink

    baru tau pasal nih.

    Reply
  • November 30, 2011 at 12:15 am
    Permalink

    betul2 kurang kan guna plugin .. less is more..

    Reply
    • December 5, 2011 at 8:06 am
      Permalink

      tapi rasa plugin yang ada tue penting je..heee…nak adjust code tanpa guna plugin xberapa pandai plk..huhu

      Reply
  • November 30, 2011 at 1:24 am
    Permalink

    pakai hosting mmg kena jima bandwith kerana bandwith tinggi, pulangan rendah kos akan bertambah 🙂

    Reply
    • December 5, 2011 at 8:09 am
      Permalink

      betul tue sop…lama xberkomen2 dgn sop..smoga sihat hendaknya..

      Reply
    • December 5, 2011 at 8:14 am
      Permalink

      yup insyaAllah kalau free boleh update blog..hee

      Reply
  • November 30, 2011 at 12:10 pm
    Permalink

    macam le eh je guna wp ni..
    kena hack??
    ish..tak de kerja lain agaknya depa ni.

    Reply
    • December 4, 2011 at 10:30 pm
      Permalink

      xtau la betul ke x akak..cik tom agak je..huhu

      Reply
    • December 5, 2011 at 8:15 am
      Permalink

      entah yna…dah manusia mesti byk ragam kan..huhu

      Reply
  • November 30, 2011 at 2:17 pm
    Permalink

    sedih sgt kalau berlaku mcm ni kat belog kitakan..akak pown pernah kena, tapi mnta tolong net KL buat setel…chill dear

    Reply
    • December 5, 2011 at 8:19 am
      Permalink

      dah tanya netkl akak..tue la tips yg diorg suh praktiskan..mlm2 mesti 68/100 cpu usage..geram plk rs..

      Reply
  • November 30, 2011 at 10:43 pm
    Permalink

    Cik tom…saya cadangkan ciktom guna cloudflare…banyak kelebihannya..takyah upgrade..guna yg free je…tengok blog kujie…ada tutorial kat sana…orang tak leh hack pun wlpun dia detect ciktom nye user css….gud luck

    Reply
    • December 4, 2011 at 10:27 pm
      Permalink

      terima kasih banyak2 amran…ok nanti cik tom nak terjah blog kak kujie..

      Reply
  • December 1, 2011 at 10:02 am
    Permalink

    tima kasih info ni…
    CIK TOM, rupanya byk dugaaan dlm berblogging ni…
    hrp jgn patah semangat….

    Reply
    • December 5, 2011 at 8:24 am
      Permalink

      sama2…aah dalam dunia blogging ni memang banyak dugaan..masa mula berblog..pernah kena kutuk..tapi jadikan tue sbgai dorongan utk terus berblogging…

      Reply
  • December 1, 2011 at 11:55 pm
    Permalink

    nice info cik tom..hehe..cian cik tom, sbr ye..thanx polo ice..ice da polo cik tom juge..hee 😉

    Reply
  • December 2, 2011 at 5:43 pm
    Permalink

    rasanya semua plugin yg ciktom pakai xda masalah

    Reply
    • December 4, 2011 at 11:30 pm
      Permalink

      ciktom pun tanya pendapat blogger lain pun cakap perkara yang sama..pening dah rasanya+ malas nak fikir..huhu

      Reply
  • December 2, 2011 at 7:55 pm
    Permalink

    Assalamualaikum…blog saya pun slalu sangat ke hack…ingat saya dah lebih 5 kali. yang herannya blog saya bukan bagus sangat pun…baru tu satulah…pelawat pun tak ramai….malah ada email yang dihantar kepada saya begini…

    Reply
    More
    [Available] realpowerbiz11 to setuid0

    show details Dec 1 (2 days ago)

    Hello…please dont do like this…this is very not good job…
    Reply
    Forward
    Reply
    More
    set uid0 [email protected] to me

    show details Dec 1 (2 days ago)
    Hi,

    0k dude ill not do it again but donate me some $ then ill also secure your site

    Date: Thu, 1 Dec 2011 00:19:50 +0800
    Subject: Why You Hack My Blog ???
    From: [email protected]
    To: [email protected]

    Rupanya memang diaorang ni nak duit….saya tak kasi tapi usahakan sendiri scan blog saya dalam Cpanel…dan akhirnya Alhamdulillah…ok..

    Reply
    • December 4, 2011 at 11:36 pm
      Permalink

      wslm..thanks share pengalaman..macam mana scan blog dlm cpanel?boleh share x?

      Reply
  • December 3, 2011 at 8:47 am
    Permalink

    pandai jaga..jimatlah cup usage nih. hehe..

    Reply
    • December 4, 2011 at 11:06 pm
      Permalink

      ok ni cuba jaga baik2..tapi dah pening nak setup pe lagi sebab semua yang tinggal memang dah penting..huk3

      Reply
  • December 3, 2011 at 10:45 am
    Permalink

    theme blog cik tom dah simple ni. nak simple macamana lagi? tunggu je la sampai berjanggut internet kat malaysia ni nak improve…internet kat jepun, korea, eropah memang puas hatilah kelajuan internet dorang. masalah bandwidth tu kira spesis pupuslah kat tempat dorang.

    Reply
    • December 4, 2011 at 11:07 pm
      Permalink

      cik tom pun rasa theme blog cik tom dah simple gila..xtau dah nak setup belah mana lagi..

      Reply
  • December 3, 2011 at 2:55 pm
    Permalink

    sabar ciktom, ni pun dikira ilmu gak kan, skurang2 nye ciktom dah dpt share pgalaman ni dgn kita org… itulah antara hikmahnya… sbar ye..

    Reply
    • December 4, 2011 at 11:15 pm
      Permalink

      terima kasih bg semangat kat cik tom…salam kenal 😉

      Reply
    • December 4, 2011 at 11:16 pm
      Permalink

      sama2…tips ni untuk pengguna hosting wordpress..

      Reply
  • December 4, 2011 at 12:46 am
    Permalink

    yg no 11 tu, camna nak setting? ke dah disetting siap2 oleh netkl?

    Reply
  • December 4, 2011 at 12:50 am
    Permalink

    web sy pun dah tjdi smjk dua menjak nie..
    keluar limit tu, terutama hari bekerja…huhu

    Reply
    • December 4, 2011 at 10:55 pm
      Permalink

      ramai yang singgah kot…skang ada yang promote ciktom tukar hosting..tp syg plk plan hosting dgn netkl sampai bulan 4 tahun depan..huhu

      Reply
      • December 5, 2011 at 12:14 am
        Permalink

        mmg ramai singgah, sknk nie 3k dah…
        nak kena maintain la gamaknya

        Reply
        • December 5, 2011 at 8:01 am
          Permalink

          wah banyak tue…tahniah2!aah kena maintainkan+tambah lg..hehe…

    • December 5, 2011 at 12:04 am
      Permalink

      apply yg hosting net kl, yg mahal sikit, tukar pakej ler cik tom…hehe

      Reply
      • December 5, 2011 at 8:31 am
        Permalink

        ada tawaran pakej hosting lain dr fivio..siap email ciktom lagi..entah dr mana tau..tp xsempat lg reply utk tanya lanjut…hee

        Reply
  • December 4, 2011 at 2:41 am
    Permalink

    ish2 kesian cik tom..
    sabar yer, sapa yang buat tu mesti akan dapat balasannya..

    Reply
    • December 4, 2011 at 11:22 pm
      Permalink

      cik tom pun xpasti betul ke x?cik tom main agak je sebab setting dah lain macam…

      Reply
  • December 4, 2011 at 12:05 pm
    Permalink

    Biar betik? Sepa yg wat benda ni? Hmm ~ misteri ni..

    Reply
  • December 4, 2011 at 4:04 pm
    Permalink

    cik tom , bukan nak menghasut ek , tp akk punya problem sama dengan ciktom semasa akk pakai hosting netkl , semua tu bukan salah theme ke apa , server diorang yang dah overload , server tak stabil , blog ciktom ni dah habis simple dah , header pun seciput je , plugin sikit , backgroun pun biasa je ..lagi pakai read more , apa lagi yg buatkan CPU USAGE full dalam sekelip mata ?

    sama dengan kes akk hari tu .. lepas akk tukar hosting semua masaalah tak de lagi ..

    Reply
    • December 4, 2011 at 11:26 pm
      Permalink

      entah la akak..saya pun duk pening fikir pasal masalah ni..tadi pun cpu usage 68%..cam xlogik je..ntah script apa yang buat lambat load..kena cek balik dengan netkl…akak tukar hosting dengan server mana ye akak?

      Reply
      • December 5, 2011 at 12:06 am
        Permalink

        apalagi, ugut net kl, apa yg berat tu..huhu

        betul jgk kata puan bee..

        Reply
        • December 5, 2011 at 8:32 am
          Permalink

          aah tue la nak tanya netkl…script apa yg lambat load…aritu tanya diorang bagi tips ni…tp dr semalam ciktom tengok offline live chat…cuti weekend..

        • February 27, 2012 at 12:03 pm
          Permalink

          dah berkurun akk baru dtg jawab ni , akk tukar ke domosquare.com hosting dr indon , tp server kat US , tk de masaalah setakat ni , bandwith pun unlimited so tk perlu pening kepala lah hehehe

        • April 21, 2012 at 5:17 pm
          Permalink

          oh ok..pening pulak..xberapa nak faham..xpe la nanti sy serius betul2 sy tanya akak lg..hee

  • Pingback:Tutorial 3 Cara Untuk Elak Hotlinking Image dan Jimatkan Bandwith - Ciktom

  • December 5, 2011 at 6:27 pm
    Permalink

    kena ambil langkah berjaga-jaga jugak la ni..naya kalau kena hack ni..tak tidur malam la jawabnya..

    Reply
    • December 26, 2011 at 6:06 pm
      Permalink

      takut kena hack..tapi mmg sebelum ni ada blogger yang tahu password blog ni sbb minta tlg..skang dah tukar password lain..

      Reply
  • December 5, 2011 at 9:36 pm
    Permalink

    Salam;
    Tip-tip n panduan Cik Tom bagi semua memang power sangat membantu newbie insyaallah, teruskan, tentu terima kasih yer!

    klik sini kalau sakit tulang

    Reply
    • December 26, 2011 at 6:00 pm
      Permalink

      salam musi..sekadar panduan kat blogger lain..sebab tips ni pun hasil dari pengalaman cik tom sendiri..

      Reply
  • December 6, 2011 at 1:15 pm
    Permalink

    lady x paham.. semua urusan blog, template org lain yg buat.. blog ni ok x cik tom (blog ladybird’s life)

    Reply
    • December 26, 2011 at 5:41 pm
      Permalink

      blog lady ok..ringan load dan theme pun cantik..

      Reply
  • December 6, 2011 at 6:17 pm
    Permalink

    dah pernah lalui perkara begini…
    memang memeritkan…

    tp sometimes ada bukan pasal blog kita yang bermasalah, tp blog2 lain yang berada di satu server ngan kita yang bermasalah hingga efek kepada kita…

    Reply
    • December 26, 2011 at 5:32 pm
      Permalink

      blog belalang dah mantap trafik macam ellen…kena pindah server tue..or mmg dh pindah server vps?huhu..

      Reply
  • December 19, 2011 at 5:20 pm
    Permalink

    sama la…blog sya pun mengalami masalah yg sama…padahal..semua plugin dah dibuang…penyelasaian..pindah ke hosting vps or dedicated..atau pindah hosting..

    Reply
    • December 26, 2011 at 2:20 pm
      Permalink

      mahal la pulak kalau nak pindah hosting vps…lgpun blogging suka2 je part time..xde serius sangat..huhu..

      Reply
  • January 30, 2012 at 12:55 am
    Permalink

    baru faham sikit2 benda alah ni
    tq berkongsi

    Reply
    • February 19, 2012 at 7:49 pm
      Permalink

      sama2…cik tom sampai skang still pening dgn masalah cpu resource ni..huhu

      Reply
    • February 19, 2012 at 7:02 am
      Permalink

      tips ni utk blog guna hosting wordpress.

      Reply
  • February 10, 2012 at 11:39 am
    Permalink

    masalah biasa bagi yg guna shared hosting dan trafik yang meningkat.

    Reply
    • February 19, 2012 at 10:07 pm
      Permalink

      masalah biasa??ada cadangan lain untuk atasi?

      Reply
    • October 18, 2016 at 10:25 pm
      Permalink

      memory resources? maaf, kurang pasti pulak cik tom.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE