Lamanya cik tom tak buat tutorial ye. Rasa rindu pulak. hehe… Kali ini cik tom kembali dengan Tutorial Daftar Blog Pada Search Engine. Ramai blogger bertanya, Apa Itu Enjin Carian? Bagaimana website kita tersenarai untuk dicari? Seperti mana ramai yang sedia maklum terdapat pelbagai cara supaya website atau blog kita mudah tersenarai di engine carian. Antara cara yang boleh kita buat ialah ping entry di pingler, innit nuffnang, total ping dan pelbagai jenis lagi. Tapi kali ini cik tom nak kongsi agar blog kita terindeks pada mesin pencari, maka kita harus terlebih dahulu mendaftarkan blog milik kita pada website mesin pencari. Terdapat banyak search engine seperti Google, Yahoo serta Bing supaya blog akan terindeks di dalam carian. Apabila blog kita ingin terindeks pada mesin pencari mereka, maka kita hendaklah mendaftarkan URL blog kita.
Table of contents
Daftar Google
Cara untuk mendaftar blog ke google;
STEP 1
Buka browser dan kunjungilah website; http://www.google.com/addurl/
STEP 2
Apabila sudah berada pada halaman pendaftaran ada beberapa langkah yang harus dilakukan iaitu dengan mengisi form yang disediakan;
URL: Isi dengan URL blog anda.
Comments: Isi dengan keyword (kata kunci) yang berhubungan dengan blog korang.
Word verification: Isi dengan huruf pengesahan yang diberikan.
STEP 3
Kemudian, klik Add URL. Selesai.
Daftar Yahoo!
Cara untuk mendaftar blog ke yahoo!;
STEP 1
Buka browser dan kunjungi website; https://siteexplorer.search.yahoo.com/submit
**Untuk mendaftar ke yahoo, anda harus terlebih dahulu mempunyai account yahoo kerana perlu log in terlebih dahulu ke account yahoo. Bagi yang sudah ada akaun yahoo, boleh terus login dengan username dan password korang.
STEP 2
Apabila sudah berada pada halaman pendaftaran ada beberapa langkah yang harus dilakukan ialah;
1) Klik Submit a Website or Webpage.
2) URL: Isi dengan URL blog anda.
3) Kemudian, klik Submit URL. Selesai.
STEP 3
Step 3 ini bagi memasukkan alamat feed dengan ikuti langkah berikut.
1) Klik Submit A Website Feed.
2) URL: Isi dengan URL blog anda.
3) Kemudian, klik Submit Feed.
4) Korang hanya perlu masukkan atom.xml dan klik Add Feed.
**Bagi alamat feed di blogger hanya tinggal menambahkan atom.xml atau rss.xml di belakang URL blog korang. Contohnya;
http://www.ciktom.com/atom.xml
http://www.ciktom.com/rss.xml
Daftar Bing
Cara untuk daftar blog ke Bing;
STEP 1
Buka browser dan kunjungi website; http://www.bing.com/webmaster/SubmitSitePage.aspx
STEP 2
Apabila sudah berada pada halaman pendaftaran ada beberapa langkah yang harus dilakukan iaitu dengan mengisi form yang disediakan;
1) Word verification: Masukkan dengan huruf pengesahan yang diberikan.
2) URL: Masukkan dengan URL blog korang.
STEP 3
Kemudian, klik Submit URL. Selesai.
**************************
Apabila selesai mendaftar blog korang. Sila tunggu untuk blog korang terindeks dan tersenarai dalam enjin carian. Daftar blog pada enjin carian ini tak perlu dibuat setiap hari. Cukup sekadar sekali seminggu atau mengikut tahap kerajinan korang. ^_^








Pingback: Apa Itu Enjin Carian? Maklumat Mudah Untuk Faham - Ciktom
terima kasih cik tom untuk tutorial ini
sama2 beaty
hye cik tom,thanks for the info.
sama2..semoga beroleh manfaat..
thanks cik tom for this tutorial..
sama2…
thanx cik tom, ini org baru blajo nak berseo hihi
sama2…cik tom pun sama baru belajar seo…kalau budak2 kata baru nak belajar bertatih..hehe
thanx cik tom..1 lg info berguna
sama2…harap dapat manfaat dari tutorial ni
datg dr apesal.com hehe, rupanya cik tom yg buat.tq share info ni
Pingback: Tutorial Jump To Snippets - Ciktom
Ape maksud “Daftar blog pada enjin carian ini tak perlu dibuat setiap hari. Cukup sekadar sekali seminggu atau mengikut tahap kerajinan korang” ?
sekali je daftar dah cukup..xperlu buat banyak kali..
tumpang tanye,,sye murid bru blaja cekgu tom..hehe..;p cemana nk dftar kt google 2?klik ktne erk??blurrrrrrrrrr…
;(
nak daftar google tue adik ikut step by step…step 1 adik buka web browser (http://www.google.com/addurl/)..pastu follow up step 2 dan seterusnya…xde klik tapi adik kena copy url yang cik tom bagi untuk buka new browser..boleh x?
hi!tanxx a lot for the info.. byak membantu untuk sy yang baru “berblogger” & bru nk berniaga online.. visit my blog =) and do spport me =)
ur welcome…selamat berblogging dan meriahkan dunia blog..good luck in ur biz!
Dear cik Tom….
kalau kat yahoo tu, kita kene tambah atom.xml kn kat kita punya url? nanti kalau kita nk senaraikan kita punya url kt search engine lain, perlu ker kita letak juak atom.xml tu or kita juz letak url asal??
kat yahoo je kena tambah atom.xml kat belakang url blog…kalau search enjin lain xperlu..just letak url blog asal je..sori tau lambat reply yunk..byk msg tak terbalas..sori..
step 3 ini bagi memasukkan alamat feed dengan ikuti langkah berikut.<<<tak berapa faham sangat fungsi feed ni.. leh cik tom explain kn?
Feed/makanan berfungsi dalam enjin carian, dimana feed tersebut berisi update terbaru dari content website kita. means feed ni akan fungsi untuk hantar segala update terkini kepada enjin carian..format bagi feed ialah: RSS, ATOM, RDF. sebab tue kena masukkan feed yang betul diakhir url blog kita iaitu “atom.xml” dan “rss.xml”…harap mas faham dgn penerangan ringkas ni..
dah wat dah cik tom..tq..syg cik tom…hehehe..;p
sama2..sayang nur jugak…hee
terima admin memang terbaik perkongsian ilmu ini untuk saya yang masih baru..dalam dunia blog
sama2..ciktom pun masih di peringkat belajar..berkongsi apa yang cik tom tahu..
slam, tak berapa faham, boleh ciktom tolong terang lebih datail sikit???
salam..xfaham part yang mana tue ye??
tutorial ni untuk mudahkan blog kita diindeks di google, yahoo dan bing..
means bagi blog kita mesra enjin carian..
salam ciktom…..
saya baru nak blaja cara mendaftar blog saya dlm google,yahoo..
saya dh cuba tapi x dpat pn,klu bleh ciktom tlg ajarkan lbh detail coz saya nk blog sya ada pada enjin carian…saya ada buka blog hasil kraftangan saya cuma x tau nak daftar pada web ni..
bleh ciktom tlg saya x untuk daftar…..
tq…
salam syazwani..mana awak tahu awak xdapat bt pn??step mana yang xdapat buat..kalau boleh detailkan dr step mana xdpt buat so boleh ciktom ajar lebih detail part yg xfaham..
Salam….
aduhai…buat tak jadi jer lah… maklumla baru start blogging… tolong saya cik tom…
mcm mana tau xmenjadi??step mana xdapat nak follow?