Petua dan Pantang Larang Demam Campak dan Cacar Air

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Sekarang muncul lagi musim demam. Yang paling kesian kalau kena demam campak. Bila dah kena demam campak, habis naik satu badan ruam merah, selesema, batuk dan juga lenguh-lenguh badan. Habis naik gatal satu badan. Kebiasaannya apabila dah kena penyakit kita akan pergi dapatkan rawatan dan ubatan dari klinik yang berdekatan. Untuk penyakit campak, doktor biasanya akan bagi ubat paracetomol (untuk demam) dan calamine losyen (untuk gatal) sahaja. Di samping itu, boleh juga dapatkan ubat anti viral dari klinik berbayar tapi harganya agak mahal.

Selain kita mencuba kaedah perubatan dari klinik, apa salahnya kita turut praktiskan cara rawatan menggunakan petua orang tua-tua untuk penyakit demam campak. Terdapat banyak pantang larang dan ada pelbagai versi;

1. Minum air kelapa yang segar dari pokok kelapa. Selawat 3 kali dan doa minta cepat sembuh. Air kelapa segar berfungsi untuk mengeluarkan semua virus demam campak dari badan.

2. Untuk mengelakkan gatal pada badan pula, gunalah daun semambu dari pokok semambu dengan meletakkan daun itu dibawah cadar dan bantal sebagai alas tidur. Selain itu, boleh tumbuk lumat dengan beras, kemudian sapukan pada bintik-bintik di badan. Boleh juga mandikan anak dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa.

Daun semambu

3. Mesti mandi dgn kadar yg agak banyak (untuk sejukkan badan) dan mandi dgn perlahan (supaya bintik-bintik pada badan tidak pecah).

4. Elakkan makan kicap/ makanan berkicap sebab makan berkicap menyebabkan parut atau kudis berbekas hitam.

5. Elakkan makan makanan terlalu berminyak yang boleh menyebabkan badan bertambah gatal.

6. Elakkan terkena air hujan kerana boleh menyebabkan parut itu kekal.

7. Elakkan menggaru badan. Jika bintik air pecah akan menyebabkan cepatnya tersebar pada bahagian badan yang lain.

8. Elakkan minum minuman berais (sejuk) dan juga elakkan makan telur.

9. Elakkan bercampur dengan orang lain kerana penyakit demam campak adalah jenis penyakit yang berjangkit.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

40 thoughts on “Petua dan Pantang Larang Demam Campak dan Cacar Air

  • December 28, 2011 at 7:19 am
    Permalink

    yang last tu sedih..kalu dah kawin camana? he he

    Reply
    • December 29, 2011 at 3:18 am
      Permalink

      kalau kahwin??ciktom belum kahwin lagi akak..xdapat nak jawab..kui3 ;p

      Reply
    • August 7, 2018 at 8:15 pm
      Permalink

      Saya sedang mengalaminya hahaha tp dah seminggu tapi adoii azab betul tua2 kna demam ni xd org nk jge haha

      Reply
  • December 28, 2011 at 8:11 am
    Permalink

    uish saya dah kena dah…. harap tak kena la lagi

    Reply
  • December 28, 2011 at 9:00 am
    Permalink

    2 bln lepas anak kena demam campak..2 minggu lps tu serentak saya dan suami kena pulak..solutionnya terpaksa balik kampung sb xde sape nak jg kami..petua2nya hehe mcm di atas la kami praktikkan..

    Reply
    • December 29, 2011 at 3:31 am
      Permalink

      petua orang lama untuk demam campak memang mujarab..cik tom pun praktikkan petua ni..alhamdulillah cepat sembuh..parut semua pun hilang cuma ada tertinggal satu je kat tangan..orang cakap tue ibu campak…yg 1st kena mmg xhilang..entah betul x…huhuhu

      Reply
  • December 28, 2011 at 11:12 pm
    Permalink

    mas de pengalaman tentang ni.nanti nak wat entry la pasal pengalaman terseksa mas.hahahah..

    Reply
    • December 29, 2011 at 4:44 am
      Permalink

      bagus jugak kalau mas nak share pengalaman mas..nanti ciktom jenguk baca..hee

      Reply
  • December 29, 2011 at 8:49 am
    Permalink

    daun semambu tu susah nak jumpa la cik tom..bukan ada orang jual..
    kan??kena cari merata jugak la..
    ni kes masa anak sedara kena demam campak dulu la..jenuh cari daun semambu..

    Reply
    • December 30, 2011 at 12:33 pm
      Permalink

      memang xde jual akak..kalau duk kat kampung senang je nak cari..hee

      Reply
  • January 3, 2012 at 12:01 am
    Permalink

    terima kasih atas info.anak buah sedang kena demam campak.kesian…

    Reply
    • January 4, 2012 at 1:11 am
      Permalink

      owh..semoga anak buah semakin sihat dan cepat sembuh..

      Reply
  • January 10, 2012 at 1:37 pm
    Permalink

    salam..kak, klo org dewasa yg kena cmpak sama bhya x dengan budak kecik yg kena campak? hsband kena cmpak..tp x nak g klinik..minum 100 plus je dh cukup katenye..

    skrang ni sy plak tgh demam + batuk + selsema

    Reply
    • January 10, 2012 at 11:52 pm
      Permalink

      sama je bahayanya..cuma orang dewasa dah ada antibodi tinggi compare dengan budak kecil..ciktom nasihatkan pergi klinik..bl dpt ubat sapu tue boleh kurangkan gatal pada anak..1lg kl xmkan ubat nanti lmbt sembuh..mudah jangkit pada orang lain pulak..

      Reply
  • February 1, 2012 at 10:15 pm
    Permalink

    Ciktom nk tanye ni..sy pernah kena cacar tapi bukan air tawar pun boleh ke untk kegatalan badan….

    Reply
  • February 4, 2012 at 8:58 pm
    Permalink

    thanks ya pertua…serba sedikit dapat membantu…anak tengah kena chicken pox ni….tapi susah gak nak dapatkan daun semambu tu…pakai ubat doktor je…makan pun pantang….

    Reply
    • February 19, 2012 at 8:17 am
      Permalink

      yup daun semambu memang susah nak cari..ciktom pun guna ubat doktor dan pantang makan minum..semoga anak cepat sembuh.

      Reply
  • February 8, 2012 at 11:16 am
    Permalink

    Adoi…Abis Badan penuh ngan bintik2 ni….kt muke makin lame makin besar dan banyak lah…:'(
    kalau batuk sakit kat tekak…nak makan x de selere

    Reply
    • February 19, 2012 at 7:32 am
      Permalink

      itulah penangan sakit demam campak..memang terseksa bila ingat balik..huk3

      Reply
  • March 20, 2012 at 2:33 pm
    Permalink

    saya baru seminggu lepas demam campak, pergi hospital mase mula kena doktor bagi mc 2 minggu

    Reply
    • March 21, 2012 at 2:49 pm
      Permalink

      semoga cepat sembuh..rajin makan ubat n sapu ubat bg cepat kering chicken pox..

      Reply
  • January 12, 2013 at 9:43 pm
    Permalink

    Skg nie anak sy kena campak berusia 9bulan .daun semambu tu sy gunakan utk sapu dibadannya.g klinik ibu dan anak d bdr tloh doktor sajidah xnak sentuh dan tgk pon anak kami ,,,katanya takut berjankit ,mmg xguna sungguh doktor kerajaan tersebut!nasib sy xder wife yg bw g.pagi esoknya bw keklinik swasta so dapat ubat sapu yg harganya rm25 tu,doktor swasta layanan terbaik Dan segala info diterangkan.lepas tu sy bagi ank minum air kelapa Dan campak makin byk kluar.selain sapu ubat doktor swasta tu,,,guna daun semambu tu.,moga baby sy cepat sembuh

    Reply
    • January 14, 2013 at 12:55 pm
      Permalink

      memang function minum air kelapa utk bagi keluar semua bisa campak dalam badan…semoga anak awak cepat sembuh ye..

      Reply
  • December 30, 2015 at 7:54 pm
    Permalink

    Nak tanya.. cacar air ni sya bru first time jadi.. kalau sembuh dlm berape hari yer? Dan daun semambu tu bole dapat dimana?

    Reply
  • January 29, 2016 at 9:07 am
    Permalink

    Nak tanya kak, saya ni budak asrama, taun ni pt3, kene demam campak ni dah dekat seminggu mc, ni kene sambung lagi seminggu, macamane nak cepatkan sembuh ek?

    Reply
    • January 29, 2016 at 8:29 pm
      Permalink

      banyakkan minum air kelapa…untuk cepat keluar segala bisa@ sakit campak dari badan…
      nak cepat lagi boleh ambil injection kat klinik-tapi cik tom tak sarankan..

      Reply
  • March 18, 2016 at 12:10 am
    Permalink

    klw chicken pox boleh makan maggie ke ?

    Reply
  • March 31, 2016 at 9:13 am
    Permalink

    Assalammualaikum….nak Tanya kalau Masa kecik dah kena biler dewasa bleh kena lgk ke?….saya rasa mcm campak jer ni SBB kat peha,tangan,badan ader bintik merah

    Reply
    • October 20, 2016 at 7:35 pm
      Permalink

      depend atas antibodi..sebab ciktom pun kena 2x..masa kecik dan dah tua ni..haha

      Reply
  • June 24, 2016 at 7:17 am
    Permalink

    akak dh seminggu bintik merah nii membanyak kat bdan sye , sya plk slalu rasa sejuk sngt kdang pnas sngt pulk ‘ dh bnyk sya mkn ubt2 tn ni

    Reply
    • December 22, 2016 at 12:34 am
      Permalink

      Boleh je. Cuma tengah tak sihat tu better awk elakkan makan mknn segera.. baru cepat sembuh.
      get well soon dear.

      Reply
  • January 7, 2017 at 4:31 pm
    Permalink

    Saya nak tanya, kena berpantang utk mkan brapa lama yaa? dh seminggu kena dmam campak. huhuhuu

    Reply
    • January 9, 2017 at 7:16 pm
      Permalink

      sebaiknya berpantang sehingga baik demam dan kering kesan campak pada kulit..

      Reply
  • April 1, 2018 at 11:30 am
    Permalink

    Tengah tersiksa sekarang nie sbb cacar air nie. Betul ke pantang larang dia tmasukla tak boleh pakai sabun semasa mandi

    Reply
  • April 13, 2018 at 8:21 pm
    Permalink

    Salam…..sy tgh mderita jugak ni…huhuhu…..mlm xleh tdo…gatal sgt…pakai bedak berubat boleh x utk kurangkn gatal…xbrp suka la krim2….huhuhu

    Reply
  • April 15, 2018 at 11:15 am
    Permalink

    Walaupun dah 5 org anak sepatutnya dah terbiasa dengan chicken pox sebab dulu anak pertama dan kedua pernah kena…saya sendiri pun dah kena masa zaman skolah rendah so x de la panic sgt…tp utk anak yg last dan 2nd last kena serentak tu yg huru hara sikit dibuatnya. Anak last umur setahun 6 bulan dan yg 2nd last umur 3 tahun lebih. Dua beradik masih kecik x tahan gatal dan miang chicken pox menangis sepanjang hari kecuali dah penat sgt menangis sampai tertido. Situasi tu lah yg buat kita mati akal x tahu nak buat apa mcm org yg x pernah mengalami demam campak lak jd nya. Masa dua beradik tu tido baru lah otak ni boleh berfikir mencari jalan utk cepatkan proses penyembuhan penyakit ni. Baru teringat kat kelapa muda belum bagi minum lagi…daun semambu dah guna semasa mandi…tp dia punya takut tengok daun hancur dlm baldi meraung sekuat hati bila daun2 tu melekat kat kulit dia masa mandi di suruhnya lap semua daun yg melekat kat kulit sabor je lah wife dah x tahu nak buat apa dah masa tu bayangkan dua beradik meraung sekuat hati dlm bilik air dia punya gema satu kampung boleh dengar. Ni dapat menaip komen sambil terfikir nak g cari kelapa muda kat kedai goreng pisang harap2 ada buah kelapa yg belum di belah. Kali ni beli 6 biji terus spare dlm peti utk minum dan mandi skali. Sekian dari saya nak ke kedai cari kelapa muda.

    Reply
  • May 9, 2018 at 7:18 am
    Permalink

    Roti yang intinya coklat bleh mkn ke or roti kosong?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!