Ke Manakah Hala Tuju Hubungan Songsang (Homoseksual, Lesbian dll)

Hidup songsang? Hubungan songsang hebat diperkatakan di sana sini. Dengan pelbagai cacian makian kejian terhadap mereka yang mengamalkan hubungan songsang. Tapi kadang-kadang kita silap sebab cara terbaik untuk menyedarkan mereka bukannya dari cacian atau makian. Tapi dengan cara kita mendampingi, menasihati serta memberi bimbingan kepada golongan songsang ini supaya mereka mengerti dan faham hukum hubungan songsang itu adalah haram berdosa besar disisi Allah.

Kepada yang mengamalkan hubungan songsang, pernahkan terfikir ke mana hala tuju sesebuah perhubungan songsang itu? Sebuah perkahwinan yang bahagia? Zuriat yang comel? Bakal mertua yang mesra? Sahabat handai yang sentiasa bagi moral support? Segalanya tak mungkin terjadi kerana Allah sendiri melaknat golongan yang mengamalkan hubungan songsang seperti peristiwa yang perlaku kepada kaum Nabi Luth. Semua kaum Nabi Luth dan kawasan yang mereka diami lenyap dari muka bumi.

Allah s.w.t menerusi firman-NYA dalam surah Al-A’raaf, ayat 80-81 yang bermaksud;” Dan (Kami mengutus) Nabi Luth, ketika dia berkata kepada kaumnya, mengapa kamu melakukan perbuatan keji yang belum pernah dilakukan seorang pun sebelum kamu (di dunia ini). Sungguh, kamu melempiaskan syahwatmu kepada sesama lelaki bukan kepada perempuan. Kamu benar-benar kaum yang melampaui batas”.

Perbuatan ini jelas menyalahi agama, budaya dan adat masyarakat kita. Kaum Nabi Luth ditimpa azab bencana serta penghinaan daripada Allah s.w.t kerana keingkaran serta sifat melampau mereka mengamalkan hubungan homoseksual. Inginkah kita menjadi seperti golongan kaum Nabi Luth?

Janganlah pejamkan mata, pekakkan telinga hanya kerana hawa nafsu yang bersifat sementara. Gunakanlah akal fikiran yang Allah berikan dengan sebaiknya untuk berfikir mana dosa dan pahala. Jika kononnya bahagia yang dicari? Selama manakah bahagia itu dapat bertahan? Lima tahun? Sepuluh tahun? Ingatlah kebahagiaan tanpa keberkatan tak akan berkekalan.

Bagi mereka yang pernah melakukan kesilapan dalam hidup ini, kembalilah bertaubat. Sesungguhnya pintu dan peluang taubat tidak pernah tertutup buat mereka yang ingin kembali ke pangkal jalan dan meneruskan hidup berlandaskan fitrah semulajadi manusia. Insaflah selagi berpeluang.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

24 thoughts on “Ke Manakah Hala Tuju Hubungan Songsang (Homoseksual, Lesbian dll)

  • December 28, 2011 at 2:55 pm
    Permalink

    CIK TOM, bc n3 ni teringat saya kepada program TV-114 : “Law kana bainana” – Andainya Rasullah masih ada: Rasulullah tidak pernah mencaci pelaku maksiat Rasullulah sentiasa mendidik mereka dengan penuh kasih sayang..Wallahuallam.

    Reply
    • December 29, 2011 at 3:34 am
      Permalink

      thanks share info..yup kita bertanggungjawab utk bentuk diorang..tanggungjawab sesama muslim slg nasihat menasihati =)

      Reply
  • December 28, 2011 at 3:28 pm
    Permalink

    hmmm tu lah kan.sebetulnya lagik pandai manusia.lagik singkat akal nya utk berfikir.sadis.

    Reply
    • December 29, 2011 at 3:37 am
      Permalink

      huhu…kalau pandai tapi xpandai guna akal yang diberikan dengan sebaiknya tak guna jugak..macam beli coklat lolipop tapi xmakan just buat hiasan je sampai cair..xrugi ke tue?huhuhu…

      Reply
    • December 29, 2011 at 3:45 am
      Permalink

      keseronokan dunia tp seksa di akhirat xde gunanya…hidup di dunia sementara je..

      Reply
  • December 28, 2011 at 3:48 pm
    Permalink

    a’ah..betul. berhenti mengata, org2 gini perlukan bantuan utk kembali ke jalan yg benar.

    Reply
    • December 29, 2011 at 3:47 am
      Permalink

      sama2 kita doakan diorang ni balik ke pangkal jalan..insyaAllah

      Reply
  • December 28, 2011 at 4:23 pm
    Permalink

    yupp betul dik, kerana kepuasan sementara dan nikmat sekejap, ‘mereka’ sanggup membelakangkan hukum Tuhan,.. betullah kita tak patut asyik menyalahkan mereka, anggap mereka ‘belum tahu’ so tugas yang tahu beri mereka tahu.. sama macam di sekolah, anggap murid2 belum pandai so tugas guru memandaikan mereka bukan asyik merungut kata murid bodoh jee…

    Reply
    • December 29, 2011 at 5:04 am
      Permalink

      thanks sudi share pendapat akak…dosa besar belakang hukum Allah..kdg2 balasan terus kat dunia..

      Reply
  • December 28, 2011 at 4:34 pm
    Permalink

    betul tu. saya sokong (:

    Reply
  • December 28, 2011 at 5:03 pm
    Permalink

    Hubungan tu tak akan ke mana…pernah juga mendekati golongan songsang atas tujuan untuk menasihati,malang nya naluri sonsang mereka lebih kuat dari yang kita sangkakan.Sebalik kita pula dinasihati agar tak campur urusan hidup dia.

    Hati dah gelap akibat dek perbuatan songsang mereka.Harap mereka boleh berubah!.Hanya mampu menegur dalam hati sahaja.

    Reply
    • December 29, 2011 at 5:05 am
      Permalink

      yup..kalau xdapat tegur cara lisan atau perbuatan..yang akhir sekali tegur dari hati..nauzubillah mintak jauh semua perkara yang dimurkai Allah..

      Reply
  • December 28, 2011 at 8:19 pm
    Permalink

    Sesangat la bersetuju dgn entri ini.betul betul betul.caci maki keji semua itu tak membantu langsung.yuppp kita hampiri,dekati,bimbingi dgn cara tersendiri.insyaallah lurus kembali,pasti.

    Reply
    • December 29, 2011 at 4:24 am
      Permalink

      insyaAllah..mudah-mudahan begitulah..amin..

      Reply
  • December 28, 2011 at 11:05 pm
    Permalink

    kecewa..lagi2 yang buat tuh almost golongan bijak pandai..tapi tak berapa pandai hal ni. yang paling kesian ibu bapa..

    Reply
    • December 29, 2011 at 4:23 am
      Permalink

      entry ni umum untuk semua golongan yang amalkan hidup songsang..yang sekarang nampak jelas kat media massa sorang tue je..tapi kalau perhati sebenarnya banyak golongan macam ni..ciktom dah jupe beberapa blog yang termasuk..so harap diorang semua sedar..mmg kesian ibu bapa yang biasa jadi mangsa..

      Reply
  • December 29, 2011 at 8:09 am
    Permalink

    ish, tak dapat nak bayang la…. geli ya amat …

    Reply
  • December 29, 2011 at 8:47 am
    Permalink

    mudah sangt jiwa nya di goda .
    iman pun tergadai..
    takutnya kalau diingat pasal hubungan sonsang ni..
    tapi sangt geram bila rakyat je yang
    bising2 dan nak kan penyelesaian tapi yang duduk kat atas2 nun
    buat dek je..lebih pentingkan pilhanraya je…

    Reply
    • December 30, 2011 at 6:57 pm
      Permalink

      betul tue akak..rakyat je yang bising2..tp yg pihak spttnya berdiam diri je..xde inisiatif..hmm..

      Reply
  • December 29, 2011 at 9:40 am
    Permalink

    memang tak leh terima. sekarang ni pun..dah menular ke budak sekolah. ni yang cukup merisaukan sekolah sekarang..

    Reply
    • December 30, 2011 at 6:59 pm
      Permalink

      yup memang betul..ciktom ada jumpa blog yang sonsang..kebanyakan masih sekolah lagi..tanpa segan mengaku dan pertontonkan gambar yang tak sepatutnya..nauzubillah..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!