Post navigation

Apa Itu Enjin Carian? Maklumat Mudah Mengenainya

Posted on by

Salam… Sebelum ni ada beberapa blogger bertanyakan cik tom apa itu enjin carian dan apa kegunaannya? Tak kurang juga yang bertanyakan bagaimana nak blog diorang tersenarai dalam enjin carian. Contohnya bila taip je nama “cik tom” di search google akan terus keluar blog cik tom di laman pertama Search Engine Result Page (SERP). Kalau blog itu kurang mesra atau tak senarai di enjin carian berkemungkinan apabila search tiada dalam senarai carian atau mungkin di page ke 2,3 dan seterusnya. Kebiasaannya blog yang mesra enjin carian akan terdapat di laman pertama SERP.

search engine optimization (seo)

  1. Apa Itu Enjin Carian
  2. Contoh Enjin Carian
  3. Bagaimana Enjin Carian Bekerja?
  4. Bagaimana Penghasilan Indeks Berlaku?
  5. Daftar URL Website/Blog

Apa Itu Enjin Carian?

Enjin carian adalah laman pengkalan data yang mana fungsi utamanya adalah untuk memberi maklum balas terhadap keyword (kata kunci) atau frasa yang dimasukkan ke dalam ruangan yang disediakan. Maklum balas ini adalah hasil carian. Hasil carian akan dipaparkan dalam SERP atau bahasa melayunya hasil muka carian dalam enjin carian.

Contohnya bila cari keyword pada enjin carian “resepi kek coklcoklat mudah“, entry Resepi Kek Coklat Moist Moist Kukus Cara Mudah blog cik tom terdapat di first page SERP tapi kedudukan yang ke 9. Namun tak semua enjin carian adalah sama konsepnya. Sesetengah enjin carian hanya akan mengindeks tajuk nama post sahaja manakala sesetengah lagi akan mengindeks kandungan sesebuah post entry.

Contoh Enjin Carian

Sebenarnya, terdapat pelbagai contoh enjin carian dalam internet. Antara 3 contoh enjin carian yang paling banyak digunakan dan disukai oleh ramai kerana mesra pengguna adalah Google, Yahoo dan Bing.

Bagaimana Enjin Carian Bekerja?

Enjin carian bekerja dengan menghantar crawler (perayap) atau spider (labah-labah) untuk memasuki senarai laman web yang ada di internet dan mengumpul segala maklumat berbentuk teks yang terdapat dalam laman web. Perayap ini kemudiannya akan menghantar semula ke pelayan enjin carian yang akan menyimpan data-data ini dan diproses.

Apabila program spider masuk ke dalam sesebuah laman web, ia akan melakukan satu proses yang dipanggil sebagai crawling atau spidering. Dalam proses ini spider akan mengumpul semua perkataan dan maklumat yang terdapat di dalam laman web tersebut dimana perkataan-perkataan ini akan diindekskan ke dalam pangkalan data.

Nak mudah faham cuba imagine, seekor labah-labah (spider enjin carian) datang merayap-rayap ke atas makanan korang (blog). Sudah tentu labah-labah ni akan merayap di segenap makanan dan makan bahagian makanan disukai (maklumat dan isian blog). Segala makanan ini akan tersimpan ke dalam perut dan diproses (pelayan enjin carian). Dah siap proses, segala makanan akan dikeluarkan dalam bentuk najis (apabila saat diperlukan iaitu carian keyword dari enjin carian, segala data ini akan diperlukan dan tersenarai dalam SERP). Sori najis tue saja nak bagi contoh yang mudah ye.

Bagaimana Penghasilan Indeks Berlaku?

Apabila pelayan menerima maklumat, ia akan membuat indeks berdasarkan sesebuah laman web. Indeks adalah simpanan enjin carian tentang sesebuah laman web. Korang boleh periksa laman web sudah diindekkan atau belum dengan menaip URL blog di enjin carian. Contoh yang blog cik tom taip: www.ciktom.com pada enjin carian dan cari dimana kedudukannya.

Jika ada hasil carian (perkataan berkaitan dengan kandungan laman) bermaksud laman tue sudah diindekskan dan akan muncul pada SERP. Jika tidak menemui laman web masing-masing pada muka pertama SERP, jangan bimbang kerana berkemungkinan blog itu ada tersenarai dalam hasil carian cuma berada di muka belakang iaitu ke 2, 3 dan seterusnya.

Daftar URL Website/ Blog

Jika kita mahu blog diindekskan oleh enjin carian, kita perlulah mendaftarkan alamat blog dalam senarai enjin carian yang terdapat di internet. Ini bagi memudahkan lagi proses mengindeks blog korang.

Contohnya, seperti kita nak masuk belajar di mana-mana sekolah atau  IPT, kita perlulah mendaftar segala maklumat mengenai diri kita sendiri terdahulu. Selepas mendaftar, barulah segala maklumat kita tersenarai dalam rekod IPT tue. Apabila berlaku apa-apa, segala maklumat peribadi mengenai kita akan senang dicari atau di indeks.

Korang faham tak penerangan yang cik tom sediakan? Kalau ada yang tersalah, sila perbetulkan ye. Sebab segala penerangan ini diolah dari perkspektif cik tom dari sumber-sumber rujukan yang berkaitan. Nantikan esok pukul 12.30 pm, cik tom dah set satu entry autopublish; Tutorial Cara Daftar Blog Pada Enjin Carian.

Sumber: Bagaimana Enjin Carian Bekerja

********************************************************
klik sini

36 thoughts on “Apa Itu Enjin Carian? Maklumat Mudah Mengenainya

    • takpe akak..cik tom pun banyak tak tahu…perkara yang tak tahulah kita boleh belajar dan tahu…macam ms kecik kita belajar macam mana nak bertatih, berjalan, berlari…hee

    • hi fa…cik tom alhamdulillah sihat…fa camane?cik tom pun dah lama tak blogwalking…semua entry ni autopublish sepanjang minggu…kalau berkesempatan baru cik tom bw…

    • cik tom pun lepas baca hasil cari kat google baru faham serba sedikit…tapi still banyak menda baru tak tahu dan perlu diexplore untuk tambah pengetahuan baru…setiap hari proses pembelajaran..hee

  1. wan da lama praktik dah, bila tgk web kita di page pertama rasa mcm puas jer, hehe. utk yg pakai wordpress install lah plugin ultimate seo

    • cik tom baru bertukar hosting dan cuba berjinak2 main seo…tapi seo biasa2 je…takde la hot keyword..hehe…
      ciktom guna plugin wordpress seo yg all in one seo..tue beza ker dengan plugin ultimate seo ek?

  2. Nice one dear <– umpama spam pula.. ahakz..

    Memang enjin carian ni sesuatu yang banyak cabang untuk diusahakan kalau nak 1st page.. dan sya memang fail bab ni.. kali la.. haha..

    • spam yang baik ni kot..hehe…cik tom pun baru cuba nak belajar pasal enjin carian..tue dah baca cuba translate kepada entry pula untuk rujukan akan datang..hhee

  3. Pingback: Tutorial Daftar Blog Pada Enjin Carian - Ciktom

  4. Pingback: Pesanan Pada Yang Copypaste Entry Cik Tom (Sila Copy Secara Berhemah) - Ciktom

  5. salam cik tom,

    penerangan yang bagus. Ilmu blog terlalu luas rupanya. Nak khatam ilmu enjin carian pun berbulan-bulan. tapi tak apa. Makin lama makin seronok. Janji kita minat. tak sabar nak belajar tips seterusnya.
    ———
    pc masuk virus. nak balas comment blog tak dapat2. Hu3
    shamizu recently posted..Kena Sound Dengan Blogger Otai!My Profile

  6. Pingback: Apa Itu Domain, Hosting dan Perbezaannya - Ciktom

  7. Pingback: Tutorial Jump To Snippets - Ciktom

  8. Pingback: Kenapa Suka Entry Mesra SEO?Sebab Trafik dan Duit ke?? | Ciktom