Buat cheesekut paling sedap dan mudah

Assalamualaikum dan salam sayang. Maaflah terperasaan sangat mengaku buat cheesekut paling sedap dan mudah cik tom pernah buat. hehe.. Ni versi cik tom buat kat kampung pulak.

Adik-adik memang suka sangat makan cheesekut ni. Diorang puji sedap moist macam bakar dalam oven/kukus pulak. Padahal tak pun semua guna manual je.

Cuma emak cik tom la bising bila masak cheese ni. Emak bagitau kolesterol tinggi nanti makan banyak cheese kena kolesterol dan gemuk. huhu..

Sorry ini versi buat campak2 je bahan-bahannya. Untuk bahan-bahan dan cara buat cheesekut ni boleh refer pada entri cik tom sebelum ini —> Resepi cheesekut mudah dan sedap

Buat cheesekut paling sedap dan mudah

Buat cheesekut paling sedap dan mudah lagi...
Buat cheesekut paling sedap dan mudah lagi…

Cuma yang ni cik tom selang selikan cheese, nestum sekali dengan milo jugak setiap lapisan. Jadilah namanya cheesekut nestum milo. hihi.. Kalau nak selang seli dengan oreo ke? buah-buahan macam blueberry pun boleh. Korang boleh ubahsuai resepi cheesekut ini mengikut kreativiti masing-masing ye.

Baca juga: Panduan dan resepi buat kek cheese

Kalau sedap cheesekut boleh bagikan sikit kat jiran tetangga. Mana tau nanti jadi menantu pilihan. Kalau tak sedap makanlah sorang2 habiskan ye. hehe…

Cuti-cuti sekolah bolehlah cuba buat cheesekut untuk anak-anak dirumah. Selamat mencuba buat cheesekut paling sedap dan mudah!

 

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

9 thoughts on “Buat cheesekut paling sedap dan mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE