Cik Tom Pilih Emas Sebagai Simpanan Masa Depan

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia….Cik tom nak share satu perkara baru yang cik tom berminat untuk belajar lebih mendalam iaitu mengenai selok belok mengenai emas. Sebelum ni dah banyak baca dan dipromote oleh kawan tapi cik tom just dengar dan baca sekali lalu je. Tak take note sangat. Sejak sebulan yang lalu, cik tom dapat minat untuk beli emas dalam bentuk emas perhiasan. Kalau ikutkan pada yang cik tom google segala input mengenai emas ini, majoriti menyarankan beli emas jongkong/ bar sebagai pelaburan masa depan. Cuma cik tom jumpa satu dua website je yang sarankan pelaburan dengan simpan emas dalam bentuk emas perhiasan (barang kemas) bagi tempoh jangka masa yang panjang.

emas perhiasan

Kalau kita faham dalam pelaburan emas ini sebagai simpanan nilai maka ianya akan lebih nampak kelebihannya. Sebabnya setahu saya nilai matawang akan sentiasa menyusut sebaliknya nilai emas sentiasa menaik. Bak kata otai emas; dari zaman rasullullah sehinggalah sekarang 1 dinar (emas) masih lagi boleh beli seekor kambing. Tapi nasi lemak zaman kita sekolah dulu kalau harganya 50 sen tapi sekarang dan seringit lebih walaupun pada kuantiti dan kualiti yang sama. So nampak tak perbezaannnya. Hanya sekadar pengkongsian.-Riyzal

Emas tak mengalami kadar inflasi sedangkan wang kertas mengalami kadar inflasi yang berterusan. Inflasi ialah sesuatu keadaan ekonomi di mana berlakunya kenaikan harga samaada dari segi harga barang mahupun perkhidmatan secara berterusan. Contohnya seperti yang dinyatakan dalam quote oleh Riyzal di atas. Pelaburan emas adalah bagus untuk simpanan dengan membeli emas untuk menyimpan bagi satu tempoh masa yang panjang dan kita jual apabila memerlukan wang/ harga emas naik. Ramai yang berpendapat mengatakan jongkong emas/ dinar emas dan sebarang bentuk emas bukan perhiasan lebih sesuai untuk pelaburan.

Bagi cik tom pula, emas perhiasan ini bagus untuk dijadikan medium menyimpan lebihan aliran tunai (wang kertas) kepada bentuk emas perhiasan. Tapi bukan semua aliran tunai ditukarkan kepada emas perhiasan hanya separuh atau 1/4 sahaja daripadanya. Selebihnya masih disimpan dalam bentuk aliran tunai di bank kerana segala urusan jual beli di Malaysia masih menggunakan wang kertas.

Kita jangan hadkan minda kita dengan “Eh minat ke pakai barang kemas ni? Macam mak cik mak cik je“. “Bahayalah pakai barang kemas ni nanti kena rompak“. Pasal kena rompak pulak berhati-hatilah bila nak keluar. Pakai la pakaian yang boleh cover barang kemas tue. Ini baju pula dedah sana sini macam mana la tak kena rompak. First fikiran kena maju ke depan. Jangan jadikan minda stereotaip konon barang kemas ini untuk golongan mak cik je. Fikir apa simpanan yang kita perlu ada untuk masa depan diri dan juga keluarga kita. Mungkin sekarang kita masih OK tapi 5 tahun akan datang boleh ke kita jangkakan apa yang terjadi?? Kalau takde apa-apa yang berlaku emas perhiasan tue boleh dijadikan harta warisan kepada anak cucu dan seterusnya. Macam nenek cik tom sendiri ada bagi 2 utas gelang tangan emas dan sebentuk cincin emas kepada cik tom.

Emas perhiasan mudah dipajak dimana-mana berbanding jongkong emas yang hanya boleh digadai di pajak gadai yang terpilih sahaja. Zakat untuk emas jongkong/ dinar emas akan dikenakan jika melebihi 85 gram manakala emas perhiasan yang dipakai dikenakan jika melebihi 850 gram (untuk maklumat lanjut mengenai zakatHukum Zakat Emas dari Perspektif Islam). So, lagi better emas perhiasan untuk simpanan masa depan.

Antara kelebihan emas perhiasan ialah boleh dipakai sendiri bagi perempuan, bagi lelaki boleh bagi kat isteri atau anak pakai. Permintaan yang tinggi juga memudahkan emas perhiasan dijual di pasaran mahupun kepada perseorangan. Emas perhiasan mudah untuk dipajak gadai di sistem pajak gadai Islam Ar-Rahnu tanpa memerlukan sebarang sijil pengesahan ketulenan berbanding dengan jongkong emas.

Kalau beli jongkong emas hanya kita akan simpan tanpa dapat memakai atau buat apa-apa. Zakat perlu dibayar dan biasanya bila harga emas naik sedikit sahaja terus excited nak jual. So, keuntungan yang diperolehi tidaklah seberapa. Berbanding dengan emas perhiasan yang dipakai, selagi takde sebarang keperluan akan terus dipakai tanpa perlu dijual. Contoh, gelang tangan emas yang emak cik tom beli beberapa tahun yang lepas dengan harga RM500 termasuk upah, sekarang nilainya dianggarkan bernilai RM2000 selepas harga susut nilai 30%.

Harga emas yang sudah dipakai akan susut nilainya bergantung kepada mutu emas, kuantiti dan bentuk fizikal emas perhiasan tersebut. Lebih baik beli emas 999 kerana peratus susut nilai emas 916 lebih tinggi iaitu 20%-30% daripada nilaian harga terkini berbanding emas 999. Tapi emas 999 sangat tulen dan lembut so tak banyak pilihan bentuk emas perhiasan yang dapat ditempa/ bentuk. Akan datang cik tom akan share jenis dan ciri-ciri emas perhiasan yang bagaimana bagus dibeli untuk simpanan masa depan untuk memaksimakan keuntungan belian.

Sesiapa yang ada simpanan emas sudah mempunyai jaminan perlindungan diwaktu kesusahan. Emas boleh diibaratkan seperti insurans. Belilah ia untuk perlindungan diri kita sendiri dan juga keluarga. Tidak rugi beli emas perhiasan untuk simpanan masa depan. Jika terdapat sebarang kemungkinan yang berlaku, kita sudah ada persiapan simpanan dalam bentuk emas perhiasan dan juga aliran tunai di dalam bank.

p/s: sepatutnya entry ini dulu sebelum entry; Hukum Zakat Emas dari Perspektif Islam dan Fakta dan Cara Nak Kenal Emas. Tapi oleh kerana kesilapan setting pada masa autopublish entry ni jadi last. 🙂

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

72 thoughts on “Cik Tom Pilih Emas Sebagai Simpanan Masa Depan

  • October 24, 2011 at 1:18 am
    Permalink

    wah best ni info. baru terfikir nak buat pelaburan. tapi nak beli property dulu. 🙂
    Jom baca entri terkini Kaio Dot My …Lawatan Ke Chin Swee TempleMy Profile

    Reply
    • November 26, 2011 at 5:13 pm
      Permalink

      better beli property..pastu br buat pelaburan kl ada lebihan..

      Reply
    • November 26, 2011 at 5:03 pm
      Permalink

      jom akak..kita kumpul duit sama2…ciktom aim nak beli rantai emas tahun depan..hrp tercapai..hehe

      Reply
  • October 24, 2011 at 3:36 pm
    Permalink

    betul sangat2 tu cik tom…
    sbb tu org kelate suka beli emas perhiasan
    ble dipakai dan bila terdesak..ble di gadai
    tanpa perlu nak cari atau htg dgn org lain kan…
    Jom baca entri terkini exora …Duka seorang sahabat…My Profile

    Reply
    • November 26, 2011 at 5:16 pm
      Permalink

      aah org kelantan mmg suka beli emas..selain tue diorg pn suka berniaga..mmg bagus…kl tdesak boleh gadai..kl x boleh pakai kan..hee

      Reply
  • October 24, 2011 at 6:10 pm
    Permalink

    Salam.

    Masa kawin haritu mr suami ada beri hadiah barang kemas. Ada yang pakai harian, ada yg simpan dan ada yg pakai pada masa2 tertentu. Memang tak rugi dan berbaloi kpd wanita2 diluar sana utk memiliki emas. Mana tahu, bila keaadaan terdesak nanti, barang kemas tu boleh digadai semula dan dpt pulangan yg setimpal.
    Jom baca entri terkini Mekar …Pavlova – Resepi dan Cara MembuatnyaMy Profile

    Reply
    • November 26, 2011 at 4:51 pm
      Permalink

      aah bila keadaan terdesak emas tue boleh kita gadai utk guna..tue pelaburan o tabungan yg selamat..

      Reply
  • October 24, 2011 at 8:14 pm
    Permalink

    saya pun tak minat pakai brg kemas..setakat cincin sebentuk bolehlah.
    sbg penyelesaian, saya pakai tukar2 brg kemas yg ada..ikut suka/situasi. tak perlu la pakai semua.
    Jom baca entri terkini ujie …Teman Tapi MesraMy Profile

    Reply
    • November 26, 2011 at 4:47 pm
      Permalink

      yang xsuka pakai brg kemas biasa suka trade in..tp rugi sikit kl camtu..heee

      Reply
  • October 24, 2011 at 10:25 pm
    Permalink

    “ko,dah kahwin,beli barang kemas yang besar sikit”
    err alorhh tak suka jenis besar2 ni..yang pakai pun gelang nipis,rantai halus n sunting..gelang kaki da putus..ha3(ganas sungguh!) cincin hanya pakai time raya jew.tak suka sangat..apatah lagi nak besar2 ni..he2.ada yang tebal & besar,tak sanggup,terus akak n adik pakai.kih3.

    untung suamiku nanti(acewahhh)
    Jom baca entri terkini maya mustwany …JATUH MARUAH HANYA KERANA SEORANG LELAKI..My Profile

    Reply
    • November 27, 2011 at 4:09 am
      Permalink

      yang penting bukan barang kemas besar tapi padat sbb barang kemas yang padat tahan lasak..yang besar tapi kosong jenis xtahan lasak dan mudah rosak..

      Reply
  • October 24, 2011 at 11:08 pm
    Permalink

    Jual beli katanya beri pulangan lumayan, pelaburan bijak.
    Kat east coast kita boleh cuba mendulang mas, makcik pernah cuba Sg. Pergau nampak kilauan di panas terik mentari, …. tak sanggup mewarnakan kulit …
    Jom baca entri terkini beehaa …MemorabiliaMy Profile

    Reply
    • November 27, 2011 at 3:10 am
      Permalink

      memang untung kalau pandai buat pelaburan..wah siap mendulang mas sendiri..pengalaman yang menarikk!

      Reply
  • October 25, 2011 at 12:04 am
    Permalink

    dla pun ade dgr gak pasal pelaburan emas..mcm berminat tp still blur..hehe..thanx cik tom bg details, dla nak copy yer, nak study betol2^^
    Jom baca entri terkini dyla …WAKE UP !!!!!!!!!!!!My Profile

    Reply
    • November 27, 2011 at 3:06 am
      Permalink

      boleh je yunk..jom study emas sama2..ciktom pun still mood study pasal emas ni..

      Reply
    • November 26, 2011 at 5:36 pm
      Permalink

      means dpt beli emas via account bukan emas fizikal?ada yg xrekemen cr tue..

      Reply
  • October 25, 2011 at 12:24 pm
    Permalink

    tak rugi beli barang kemas…….harga emas memang sentiasa naik (kalau harga jatuh pun jarang2x)…..memang bagus untuk pelaburan jangka masa panjang….

    Reply
    • November 27, 2011 at 3:04 am
      Permalink

      kalau jatuh pun harga biasanya lepas musim perayaan sbb ms musim perayaan harga naik mendadak..tapi kl jatuh pun xbanyak dan bakal naik lagi..sbb ute emas pelaburan jangka panjang baru nampak hasilnya..

      Reply
    • November 27, 2011 at 1:25 am
      Permalink

      skang makin ramai yang berminat melabur dalam emas ni..hairul pun boleh join sama…sbb mmg xrugi pun beli emas ni..

      Reply
  • October 25, 2011 at 5:16 pm
    Permalink

    ok good luck with emas! mana2 pelaburan pun boleh dapat untung besar kalau tak mudah putus asa. david teo pun kan adoi membuat perfileman sampai untung RM40 juta pun….bukan janji tapi pasti.

    p/s: selain emas, pelaburan bisnes dalam bidang air dan minyak pun bagus untuk jangka masa panjang.
    Jom baca entri terkini ROJAK …Cheating Online BusinessMy Profile

    Reply
    • November 27, 2011 at 1:30 pm
      Permalink

      yup byk bisnes yang menarik tp kl boleh minimun risikonya…

      Reply
    • November 27, 2011 at 2:58 am
      Permalink

      haha..xsimpan tapi pakai..tapi xsemua la..pakai gilir2…xmampu lagi nak beli jongkong emas..lagipun cerewet nak simpan..hee

      Reply
    • November 27, 2011 at 3:02 am
      Permalink

      yup..ciktom pun baru tahu masa study pasal emas ni..memang seronok walaupun xdelah mampu sangat nak beli..hee

      Reply
  • October 26, 2011 at 8:27 pm
    Permalink

    Tetiba lepas baca rasa macam berminat nak jadikan emas sebagai perlaburan. Kalau kita buat share partner nnti nak?
    hehe.. jangan risau sy boleh dipercayai.
    Sy akan mula fikir dan study lebih dalam bab ni.

    Neway thanks bagi idea yg best ni dan juga artikel yg berkaitan sebelum ini 🙂
    Jom baca entri terkini nizamghazi …Minggu Unwell vs Time is MoneyMy Profile

    Reply
    • October 27, 2011 at 1:55 pm
      Permalink

      share partner biz emas ke??hehee…xterpikir plk..sesaje share input ni sbb mmg timbul minat utk simpan emas tp dlm bentuk emas perhiasan dl..sbb kl gold bar mls nk pkir simpan kat mana, zakat etc..but in future insyaAllah…

      sama2 🙂

      Reply
        • November 27, 2011 at 5:13 am
          Permalink

          hehe…insyaAllah 😉

      • November 15, 2011 at 9:46 am
        Permalink

        salam cik tom…nak tanya skit la…wife saya ade emas perhiasan ..ade x tempat yang boleh sy simpan dan boleh dapat keuntungan dari simpanan mas perhiasan sy di bank atau lain2 tempat

        Reply
        • November 27, 2011 at 1:09 pm
          Permalink

          salam..sorry lambat respond..ada tempat menyimpan barang kemas iaitu bank2 atau pusat gadaian islam…byk jgk kelebihannya tapi ciktom xstudy lanjut lagi pasal ni n juga pasal simpan dapat keuntungan cik tom xpasti pulak di mana..kalau ada info nanti cik tom akan update ye…

  • October 27, 2011 at 11:08 pm
    Permalink

    cik jue pun setuju ngn cik tom…memglah,ada org ckp..pki emas ni macam mak cik2 aje..tp,emas skrg kan dh ada mcm2 design..so,still cantik klu kita pakai..tkde lah nmpk mcm org tua..klu tk nak jd mgsa ragut..pakai tu cover2 lah sket..
    Berbanding gold bar..rasanya lagi best beli brg kemas..boleh jugak kita pakai.klu jongkong,ke syiling emas..juz simpan mcm tu je..bila hrga emas naik..jual.bosanlah kan..biasanya org yg serius u wat bisnes..memg dia minat beli jongkong emas ni bnyk2..

    cik jue pun..sejak2 dh tua sket ni..rasa minat pulak nk kumpul brg kemas.beli je sket2..stkt yg mampu..nanti klu harga emas naik..blehlah jual..trade in ke…tmbh duit sket,dh dpt brg kemas baru..kan best mcm tu…

    bru2 ni harga emas memang naik mendadak..tk larat nk jwb call..org call bank,sume tanya nk gadaikan emas..nk wat tebus gadai semula lah..tp kejap jelah.skrg harga emas dh turun balik dh….

    Reply
    • November 27, 2011 at 5:04 am
      Permalink

      thanks untuk pendapat kak jue tue..memang betul kan kita patut menyimpan emas dlm btk perhiasan esp perempuan ni..as a backup sbb kita tak tahu in future apa nak jadi kan..

      Reply
    • November 27, 2011 at 2:44 am
      Permalink

      xbanyak pun..cik tom baru je beli 1 rantai tangan hasil cik tom kerja..yang lain semua famili bagi..hehe

      Reply
  • October 28, 2011 at 8:11 pm
    Permalink

    tu la.dengar cerita tidak lama lagi wang kertas tidak akan bernilai lagi.mata wang dolar us semakin susut nilai.Kebnyakkn pencorbohan ke atas negara arab adalah kerana pemimpin mereka sokong penggunaan emas berbanding wang kertas.
    Jom baca entri terkini Al-afiq …#27/10 Apabila dengan Cik MiraMy Profile

    Reply
    • December 5, 2011 at 12:04 am
      Permalink

      wah detail info yang afiq tahu..tp mmg dr dulu emas ni lg bernilai dr mata wang kertas..

      Reply
  • October 28, 2011 at 8:27 pm
    Permalink

    ada jugak dgr member saya ni dah simpan emas di bank, dia kata emas ni menguntungkan utk jangka masa depan, ada jugak yang melabur cara lain seperti beli rumah dan tanah..masing2 dgn cara masing2. Takpa yg penting halal 🙂
    Jom baca entri terkini nuriz …Bangkok DiPenuhi Buaya Akibat BanjirMy Profile

    Reply
    • December 5, 2011 at 10:07 am
      Permalink

      aah yang penting cari rezeki halal dan mengikut kemampuan masing2..

      Reply
  • October 28, 2011 at 8:41 pm
    Permalink

    pelaburan emas pun ok jugak tuh cik tom.

    Reply
    • November 27, 2011 at 4:37 am
      Permalink

      memang bagus pelaburan emas tapi cik tom tak berminat @ tak berkemampuan lagi…ciktom prefer emas perhiasan lagi..

      Reply
  • October 29, 2011 at 6:34 pm
    Permalink

    Betul tu. Pelaburan yg bijak. Bukan hilang ke mana nilai wang membeli tu. Malah nnt makin bnyk nilai dia. Jauh beza emas dgn wang.
    Jom baca entri terkini shah blogger …Add On SEO Untuk ChromeMy Profile

    Reply
    • November 27, 2011 at 4:59 am
      Permalink

      yup betul2..emas banyak beza dengan wang kertas..wang susut nilai kadar inflasi..tp emas xde..

      Reply
    • November 27, 2011 at 4:58 am
      Permalink

      salam..cik tom guna plugin “Tweet, Like, Google +1 and Share” untuk button sharing..nape ye?ada masalah ke?hehe..

      Reply
  • October 30, 2011 at 7:08 am
    Permalink

    Salam Cik Tom,
    Cik Tom bleh mula simpan emas dr skrg, sbb pada masa akan harga emas akan naik dan naik dan naik…hehe, lgpn, semenjak tahun 2000 ke atas kenaikan harga emas lebih 20% setahun…” Jom Pikir2″..:-)

    Reply
    • November 27, 2011 at 4:35 am
      Permalink

      salam korie..thanks untuk nasihat tue…

      Reply
  • November 1, 2011 at 3:47 pm
    Permalink

    kami memang dah kaji pasal emas ni,
    dah mula pun mengumpul sedikit demi sedikit dalam maybank gold dan emas perhiasan, skang nak cuba beli emas fizikal berbentuk bar dari public gold,kira labur mengikut carta emas,
    utk menjamin masa depan supaya mndapat lebih pulangan, emas lah yang paling sesuai..
    Jom baca entri terkini LiFe KaMi …Mia Sara Yang ComelMy Profile

    Reply
    • November 27, 2011 at 5:15 am
      Permalink

      ramai betul rupanya berminat kaji pasal emas ni ye..jom kita kaji sama2 n share apa yang kita tau ye..

      Reply
    • November 27, 2011 at 4:28 am
      Permalink

      memang pelaburan yang bagus ellen..meh la join..

      Reply
  • November 7, 2011 at 7:18 pm
    Permalink

    salam,
    emas memang disukai dan jadi idola sebutan, pingat emas anak emas terbang MAS dan ….. paling bes simpan emas dalam bentuk perhiasan banyak boleh dirunding untuk pelaburan kan. entri ni sangat best !
    Jom baca entri terkini musi …Anda juga mempunyai Epifani tersendiriMy Profile

    Reply
  • November 13, 2011 at 12:11 am
    Permalink

    A Wise Decision IMHO..just beli yg pattern evergreen(patern lama yg masih sesuai dipakai skrg) kerana upahnya yg rendah(jd kerugian atas upah kurang) elakkan membeli emas jonkong sekarang kerana harga telah di markup terlalu tinggi(hasil multi level marketing)

    Reply
    • November 27, 2011 at 1:20 pm
      Permalink

      aah aritu pun ada tanya owner kedai emas tue bagitahu pattern lama yg masih ramai pakai tue upah rendah je..owh xpatut beli jongkong emas sekarang ek sbb tgk ramai yg berlumba2 beli..thanks 4 ur advice..

      Reply
  • November 15, 2011 at 8:59 am
    Permalink

    yn apernah pergi kursus pasal emas. masa dengar tu rasa macam terus nak beli emas je sebagai pelaburan masa depan. dia galakkan kita beli barang yang tak susut nilai harga macam tanah, rumah, emas dll. dia tak galakkan beli barang besi macam kereta, hihihi

    salam kenal ya cik tom? 🙂
    Jom baca entri terkini Yna Hermosa …:: YNA GADIS MELAYU ::My Profile

    Reply
    • November 27, 2011 at 3:37 am
      Permalink

      wah yna siap pergi kursus..bagusnya…ciktom pun study pasal emas ni cakap perkara yang sama jugak..emas ni xsusut nilai macam barang lain..
      salam kenal juga yna 😉

      Reply
  • November 17, 2011 at 10:17 am
    Permalink

    Tks sbb berkongsi…. Lepas ni kalau Ada duit Lebih, leh la berjinak2 ngan emas… Hehehehe

    Lm akak x jenguk ciktom, sihatkah?
    Jom baca entri terkini Melatiqistyna …Sardin PuffMy Profile

    Reply
    • November 27, 2011 at 1:07 pm
      Permalink

      sama2 akak..alhamdulillah sihat..aah ada saving lebih boleh melabur biz emas..hee

      Reply
    • November 27, 2011 at 1:16 pm
      Permalink

      tahun depan akan naik lagi tapi maybe akan turun jugak..boleh kumpul duit aim tahun depan..

      Reply
  • November 28, 2011 at 7:08 pm
    Permalink

    memang bagus sangat beli n simpan emas,, kalau boleh sume duit dlm asb tu kuarkan n beli emas,, tp cari yg betul2 jgn tertipu plak,, emas adalah pelaburan yang baik n dapat untung berkali ganda,,, kalau nak beli saya syorkan beli emas PUBLIC GOLD,, saya ejen public gold yg sah, boleh call saya 017 2408482,,,n saya blh cerita kebaikan emas public gold

    Reply
  • Pingback:Perbandingan Emas Perhiasan Dan Emas Jongkong - Ciktom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE