Perginya 2013 dan Datangnya 2014

Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2014….. Cik tom rasa macam baru semalam je masuk tahun 2013 tapi… tak sangka pejam celik dan perginya tahun 2013 meninggalkan kita semua dan takkan kembali lagi. Yang tinggal hanya segala kenangan pahit dan manis yang akan sentiasa tersimpan erat dalam sanubari apa yang berlaku disepanjang tahun 2013.

Buah tomato masak ranum
Buah tomato masak ranum

Banyak kenangan manis dan pahit cik tom bersama dengan blog ini. Dengan blog ni juga banyaknya cik tom terjalin persahabatan dengan rakan maya.

Income Blog

  • Alhamdulillah sepanjang 2013 memang income hasil dari blog2 cik tom masuk konsisten setiap bulan.
  • Hasil income blog ni terdiri dari pengiklanan banner & advertorial, says, nuffnang, komisen affiliate dan menang contest.
  • Alhamdulillah tahun 2013 boleh dikatakan berjaya hasilkan income paling tinggi sepanjang berblog dari 2010.
  • Income paling tinggi ialah hasil dari advertorial dan juga komisen affiliate.
  • Komisen affiliate paling masyuk dan konsisten tak pernah miss every month ialah jobdirumah.

Event

  • Cik tom dapat banyak invitation event tapi terpaksa ditolak kerana kekangan masa dan tempat.
  • Terima kasih pada yang menjemput dan maaf terpaksa menolak.
  • Jangan serik jemput cik tom. InsyaAllah kelapangan memang cik tom akan luangkan masa hadiri event tersebut.
  • Antara event yang sempat cik tom hadiri ialah;

Award & Newspaper

  • Berjaya dapat award “Most Versatile Affiliate”  berdasarkan pencapaian jualan pelbagai jenis affiliate jomniaga sepanjang 2012 di Jomniaga Summit 2013.
Most Versatile Affiliate Jomniaga
  • Yang cik tom rasa tak percaya.. tak sangka masuk Metro Ahad cik tom terima award tue. hehe…
Masuk newpapers Metro Ahad terima award
Masuk newpapers Metro Ahad terima award

Kemenangan dari contest dan giveaway

  • Sepanjang 2013 tak banyak mana contest yang cik tom join.
  • ada sesetengah contest dari 2012 dan keputusan diumumkan 2013.
  • menang tempat pertama contest review tak terkalah anjuran titan.
  • dapat saguhati dari contest Jobdirumah
  • menang contest ephyra, komen gambar entry, wa tak faham giveaways  dari eyriqazz. Tak sangka banyak jugak join simple GA dan contest anjuran eyriqazz.
  • menang giveaways dari mummy akmar, ummiehannie.
  • terima kasih pada semua penganjur dan sponsor GA dan contest yang cik tom pernah join.

Artikel Blog

Jumlah artikel yang dihasilkan sepanjang tahun 2013 di blog ciktomdotcom hanyalah 117 artikel. Itu pun ada termasuk artikel penulis kedua dan ketiga. Memang diakui cik tom kurang aktif berblog.

  • Januari (15)
  • Februari (5)
  • Mac (0)
  • April (0)
  • Mei (21)
  • Jun (4)
  • Julai (3)
  • Ogos (1)
  • September (10)
  • Oktober (0)
  • November (31)
  • Disember (27)

Rakan Blogger

  • Tahun 2013 banyak berjumpa rakan blogger secara live. Tapi sebab cik tom ni pemalu untuk starting bercakap especially dengan lelaki. Cik tom lebih pada low profile. Bukan sombong tau. huhu….
  • Terima kunjungan kak laili a.k.a cik laili ke rumah cik tom di Terengganu. Seronok jumpa kak laili banyak share kisah awal pembabitan dalam blogging. Termasuk share kisah cinta kak laili dengan suami. So sweet. hehe… Details kisah boleh baca; Cik Laili vs Cik Tom
  • Kat seminar denaihati, cik tom just sempat tegur Myra Jay dan berbual sekejap dengan Denaihati pastu balik walaupun duduk semeja je dengan bro Biomed dan Azwan.
  • Di jomniaga summit sempat berjumpa dan berkenalan dengan  Abang EnsemAnuar dan Azwan. Memang peramah orangnya dan banyak share pengalaman masing2.
  • Kat SEDA workshop semeja dengan titan, ladfeamir, hafizrahim dan ujang. Dah la datang lambat dekat 2 jam. Lagi cik tom nervous dan malu. Tengok muka diorang jadi speechless. huhu..

Penulis Blog

Cik tom tak sempat nak maklumkan di dalam artikel sebelum ni. Bermula akhir tahun 2013, blog cik tom menjemput dua penulis baru sebagai penulis tetap di blog cik tom.

Penulis kedua ialah eda rushdi dan penulis ketiga; yaty rushdi. Eda insyaAllah akan share entry berunsurkan review novel manakala yaty akan share segala tips dan kisah pengalaman persiapan dari yaty bertunang sehinggalah berkahwin. Kedua-dua penulis ni adik cik tom.

Semua kisah sepanjang 2013 itu hanya dari segi blogging. Personal life?? Rasanya tak perlu sebab dah panjang sangat. haha…

Azam 2014?? Kali ni biarlah rahsia. hehe… Harapan untuk dunia blogging 2014 cik tom akan lebih rajin untuk update blog dan dapat banyak lagi duit dari blog. haha..

Terima kasih pada semua yang sudi singgah dan berkunjung ke blog cik tom. Semoga ukhuwah yang terjalin akan berkekalan. Semoga tahun 2014 ini membawa seribu kebahagiaan dan warna-warni pelangi kehidupan yang lebih ceria. ^_^

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

17 thoughts on “Perginya 2013 dan Datangnya 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE