Review Penginapan Cik Tom di Mile 36 Lodge, Kundasang

Pada 27 September yang lepas, cik tom bersama suami pergi berbulan madu ke Kundasang dan Kota Kinabalu, Sabah selama 4 hari 3 malam. Padin yang sudah beberapa kali bercuti ke Sabah, beria mahukan percutian bulan madu kami di Sabah kerana katanya suasana di sana yang nyaman dan tenang.

Kami mengambil keputusan untuk menginap di Mile 36 Lodge ketika di Kundasang berdasarkan lokasi yang strategik, harga berpatutan dan feedback dari previous customer yang baik. Nak dapatkan hotel atau penginapan di Kundasang agak mudah dan banyak pilihan. Salah satunya cik tom suka survey senarai hotel di destinasi percutian pilihan dengan Agoda Malaysia.

Review Penginapan Cik Tom di Mile 36 Lodge, Kundasang

Mile 36 Lodge terletak berhampiran dengan Kota Kinabalu. Ianya berada pada ketinggian 1500m dan suhu 18˚C-25˚C merupakan tempat percutian tanah tinggi yang menjadi pilihan cik tom. Lodge ini mempunyai  4 bangunan yang mempunyai reka bentuk yang berbeza untuk disewa iaitu Fado, Easy Valley, Chin’s Cottage dan Begonia Valley.

AlamatKundasang, 89300 Ranau, Sabah, Malaysia

No.Tel : +60 88-888 161

Cik tom perhati kebanyakan bangunan lodge ini dindingnya di perbuat daripada kayu dan batu konkrit sebagai tapak asas. Memang betul-betul back to nature. Kalau yang jenis sukakan bangunan ala-ala kampung atau Europe macam cik tom, memang highly recommend untuk anda stay sini.

Cik tom tempah bilik katil double di Begonia Valley untuk 3 hari 2 malam. Baki lagi 1 malam cik tom menginap hotel di Kota Kinabalu, Sabah.

Begonia Valley di mile 36 lodge, kundasang, sabah

Apa Yang Menarik di Mile 36 Lodge?

Pengalaman menginap di Mile 36 Lodge, yang cik tom rasakan best ialah lokasi yang strategik iaitu hanya 1.3km dari Taman Kinabalu. Miles 36 Lodge ini juga terletak di sebelah kiri jalan sepanjang perjalanan dari Kota Kinabalu ke Ranau. Kiranya mudah untuk cik tom alert untuk trace lokasi Mile 36 Lodge.  Nak masuk simpang ke lodge pun mudah.

Cik tom suka staff lodge yang friendly bagi penerangan mengenai bilik yang kami sewa di Mile 36 Lodge. Dia juga bagi kerjasama untuk jawab pertanyaan kami mengenai maklumat tempat menarik di Sabah. Untuk deposit kunci, dikenakan RM100 yang akan dipulangkan kembali selepas check out.

Selain itu, lokasi Mile 36 Lodge di juga kira di pertengahan (centre) di antara Taman Kinabalu dan tempat menarik lain untuk dilawati di Sabah seperti Sabah Tea, Cattle Dairy Farm, War Memorial Park, Tagal Luanti Fish Spa, Poring Hot Spring dan lain-lain lagi. Jadi mudah nak akses perjalanan ke tempat menarik di sekitar Kundansang dan Ranau.

Ini antara main point utama juga cik tom suka Mile 36 Lodge dengan pemandangan Gunung Kinabalu yang indah diselubungi keindahan alam semulajadi. Buka je pintu beranda atau tingkap bilik terus nampak pemandangan Gunung Kinabalu tersergam indah depan mata. Rasa tak puas tengok. Boleh dikatakan setiap masa kami duduk rehat di beranda kalau tak keluar berjalan. SubhanaAllah memang cantik sangat!

pemandangan gunung kinabalu dari beranda mile 36 lodge

Dalam bilik cik tom sewa tue okay bersih dan teratur. Langsung takde kipas, aircond dan televisyen. Pasal takde aircond tu tak kisah sangat sebab memang sejuk sangat kat sana. Lagi sejuk dari cik tom bercuti di Cameron Highland. Cuma part takde televisyen tue memang boring ialah kat Kundasang takde aktiviti malam. Akhirnya kitorang tidur awal sebab keletihan. Hehe..

bilik mile 36 lodge

Pihak lodge ada sediakan servis pinjam alatan permainan seperti sahiba, catur, karom dan lain lagi. Maybe nak rapatkan hubungan sesama pasangan, keluarga dan rakan-rakan. So, jangan asyik tengok televisyen dan main handphone je. Haha…

Semua tingkap tertutup dengan net halus jadi tak risau la nyamuk atau cengkerik masuk bilik. Boleh je nak bukak tingkap tu luas-luas. Hihi.. Yang best malam-malam bunyi cengkerik dan pagi bunyi burung berkicauan. Yang kurang best bunyi anjing saling salak-menyalak.

Selain itu, kelebihan lain kalau menginap di sini terdapat pelbagai kemudahan dan servis antaranya;

  1. Tempat parking
  2. Restoran
  3. Kedai runcit
  4. Perpustakaan mini
  5. Khidmat pinjaman alat permainan
  6. Wifi di tempat awam dan dalam bilik
  7. Housekeeping setiap hari
  8. Khidmat dobi
  9. Taman mini

Kalau ikutkan maklumat pada website yang cik tom tempah Lodge ini wifi hanya di tempat awam dan tidak ada Wifi kat bilik. Tapi Alhamdulillah cik tom stay di Begonia Valley tu walaupun lokasi bangunan paling belakang masih dapat coverage wifi clear dan boleh tahan laju.

Oleh sebab suhu yang rendah di Kundasang, satu keutamaan untuk check feedback previous customer mengenai water heater dalam bilik air berfungsi dengan baik atau tidak. Feedback positif dan cik tom punya experience pun condition water heater memang tip top bagus. Seronok mandi air suam waktu suhu sejuk kat sana. Hehe..

restoran di mile 36 lodge, kundasang sabah

Cik tom suka selain harga berpatutan sewa bilik di Mile 36 Lodge ini, ialah  pakej termasuk sarapan pagi. Yelah suami cik tom tak boleh lapar bangun pagi. So, memang prefer pakej yang dah include breakfast sekali. Breakfast yang disediakan biasa je meggi goreng, nasi goreng, roti bakar bersama jem. Bagi cik tom okay la sekadar alas perut before keluar berjalan pagi.

Overall cik tom dan padin berpuas hati dengan persekitaran dan suasana di Mile 36 Lodge kecuali satu kekurangan iaitu anjing. Sepanjang kat sana rasanya 3-4 ekor anjing juga cik tom terserempak. Lagi takut ada sekali tue ada sekor anjing ni duk follow kami. Memang  kecut perut dan mendebarkan bila tengok anjing tue jarak seinci je dengan kami.

pemandangan indah di mile 36 lodge

Okay. Cik tom nak share tips pada sesiapa yang suka travel macam cik tom, sekarang mudah je nak mencari hotel dan flight dengan promosi serta diskaun untuk penjimatan dengan lawati website Paylesser Malaysia. Di Paylesser ini cik tom selalu rambang mata tengok banyak pilihan voucher dan kod diskaun yang disediakan bagi pelbagai jenis produk/ servis termasuk Agoda Malaysia.

Untuk merancang perjalanan percutian secara pakej lengkap bagi hotel, penerbangan atau kereta; Expedia kebiasaannya menjadi pilihan utama. Bagi langkah penjimatan berganda, boleh plan percutian dengan menggunakan promo kod Expedia. Ini salah satu tips yang buatkan kita boleh enjoy travel di mana-mana destinasi kita idamkan tanpa perlu bayar lebih. Enjoy!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

18 thoughts on “Review Penginapan Cik Tom di Mile 36 Lodge, Kundasang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!