Suami Kacak Bergaya dengan Kurta Kacax

Alhamdulillah sudah seminggu kita berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semakin dekat dengan Hari Raya makin kuat debarannya untuk menyiapkan segala persiapan hari raya. Yelah ciktom lebih suka buat persiapan raya lebih awal. Seperti Hari Raya Aidilfitri tahun lepas, suami ciktom memang prefer Hari Raya pertama pakai baju melayu bersamping dan raya seterusnya bergaya dengan kurta moden.

Kebiasaannya dari zaman bujang lagi, setiap kali raya suami ciktom akan belikan ahli keluarganya baju raya dari Butik Busana Jamilah. Bila mana suami dapat tahu yang owner butik tu dah buka 1 lagi butik tapi khas untuk koleksi kurta dan kemeja lelaki. Suami memang teruja sangat.

Butik Kacax di Angsana JB Mall
Butik KACAX

Lagi awesome nama butik ni agak catchy dan trendy iaitu Butik KACAX!! Lokasi butik ni pun tak jauh dari rumah kami iaitu di Angsana Johor Bahru Mall. Kami ambil keputusan datang ke Butik Kacax untuk window shopping jika ada yang berkenan di mata suami.

Suami Kacak Bergaya dengan Kurta Kacax

Butik Kacax ni terletak di Tingkat 3 dalam Angsana JB Mall berhampiran dengan kedai buku Badan. First impression ciktom bila masuk butik Kacax sedap mata memandang tengok konsep minimalis moden dengan susunan kurta dan kemeja tersusun rapi.

Kurta Kacax GIO Teluk Belanga
Kurta Kacax GIO
Kurta Kacax Vero
Kurta Kacax VERO

Antara Pilihan Kurta Kacax Dewasa

Kurta Kacax Primo
Kurta Kacax Primo

Smart kan Kurta Kacax Primo ni?Sekali lalu tengok dah macam design ala-ala army. Hihi… Kurta Primo ni kainnya memang sejuk sangat bila ciktom pegang tau. Confirm kalau pakai ni relaks je dari pagi sampai ke petang nak pergi beraya pun. Haha… Oh patutlah sejuk je rupanya material digunakan ialah cotton linen tau. Design ni nampak eksklusif sangat dengan 3 line cotton floral di kiri dan kanan lengan.

Kurta Kacax Modica
Kurta Kacax Modica

Ni pulak Kurta Kacax Modica. Ciktom suka design ni simple dengan 2 line cotton floral pada dada baju. Sekali sarung terus nampak sado sebab kurta ni jenis slimfit.  Butang  pada kurta ni memang eksklusif diperbuat dari ‘coconut shell’ atau bahasa melayu tempurung kelapa. Cantik tau butangnya!

Ada banyak lagi kurta yang ada tau. Antaranya Kurta Kacax Rovigo, Mataro, Vero, Gio, Getxo dan Zamora. Haa amik kau. Dengan nama kurta pun kelass sangat sampai terbelit lidah ciktom nak sebut. Hahaha…

Confirm kalau korang datang Butik Kacax ni tak sah kalau tak beli at least sehelai kurta sebab semua design cun-cun.

Kurta Kanak-kanak Matching Sedondon dengan Ayah

Kurta Kacax Modica Set Sedondon Ayah Anak
Kurta Kacax Modica Set Sedondon Ayah Anak

Selain kurta dewasa, terdapat juga pilihan kurta sedondon anak dengan ayah tau. Nasib baik anak sulung ciktom perempuan. Kalau dah lelaki confirm ciktom beli kurta set sedondon dengan suami.

Kurta Kacax Kanak-kanak
Kurta Kacax Kanak-kanak

Ciktom berkenan sangat tengok design kurta yang comel2 ni sampai terus rasa teringin nak tambah anak lelaki pulak. Dahsyat benor penangan kecomelan Kurta Kacax ni. Haha.. 

Kurta budak yang comel lotte
Kurta budak yang comel lotte

5 Sebab Kurta Kacax Jadi Pilihan Kami Suami Isteri

Apa yang kami suka ialah Kurta Kacax ini diperbuat daripada material berkualiti tinggi. Bila suami pakai je terus rasa seronok sejuk macam nyaman dalam bilik aircond. Haha.. Material kain ni penting tau pilih yang high quality supaya selesa untuk kita pakai sepanjang hari. Lagi2 kami nanti nak beraya dari pagi sampai ke petang. Antara material yang digunakan ialah cotton linen, cotton osaka, cotton diamond dan premium koshibo.

Material berkualiti tinggi
Material berkualiti tinggi

Yang suami ciktom paling seronok sebab banyak pilihan design kurta moden yang ada. Semua design moden dan kontemporari tau. Sampai rambang mata dan berjam dia duk tilik mana yang nak beli. Adoii dia punya cerewet tu kalah ciktom yang perempuan ni tau kalau nak membeli.

Pelbagai design kurta moden dan terkini
Pelbagai design kurta moden dan terkini

Nasib baik ada ruang serta kerusi menunggu, boleh ciktom relaks duduk dengan Adira sementara ayahnya sibuk membelek dan try fitting kurta yang mana berkenan dihati.

Ruang santai relaks
Ruang santai relaks

Kat Butik Kacax ni pun banyak pilihan warna untuk setiap jenis kurta. Jadi senang la suami nak cari baju sedondon yang matching dengan baju ciktom. Tak silap ciktom Kurta Vero tu ada sampai 10 pilihan warna. Wow macam ni boleh datang beli lagi untuk seminggu raya. Warna yang berlainan ikut tema hari lain-lain. Haha..

Pelbagai pilihan warna menarik
Pelbagai pilihan warna menarik

Kalau tengok luaran butik ni mesti rasa takut-takut juga dalam hati kalau kurtanya harga mahal kan? Ya Allah sekali masuk survey harganya memang berpatutan. Kurta dewasa yang paling mahal pun RM119 je tau! Kurta kanak-kanak pulak mengikut saiz budak dari range RM69 hingga RM89. Bagi ciktom harga ni memang sangat berbaloi dengan material berkualiti tinggi.

Nak kolor royal blue ni jugak!!
Nak kolor royal blue ni jugak!!

Haa ni duk gaduh2 manja. Ciktom suruh amik kurta royal blue ni kolor cantik. Tapi dia tak nak pulak. Katanya nak kolor maroon untuk kurta.

Suami ciktom ni memang seorang yang cerewet dalam memilih tema warna dan juga kualiti material pakaian yang dia pakai. Oleh sebab tu, biasa ciktom biarkan dia sendiri decide tema warna kami setiap tahun. Tahun ni raya pertama dia decide tema royal blue manakala hari kedua maroon.

Mula-mula fitting testing Kurta Kacax Gio warna royal blue.

Fitting Kurta Kacax Gio Royal Blue
Fitting Kurta Kacax Gio Royal Blue

Pilihan dihati suami Kurta Kacax Vero kolor maroon. Ok ke idok?? Kecik besar ciktom tengok gaya dah ala penyanyi nasyid pulak. Haha…

 

Kurta Kacax Vero Maroon
Kurta Kacax Vero Maroon

Pada korang yang tercari-cari koleksi kurta kacak yang material berkualiti tinggi, design modern serta banyak pilihan warna dengan harga yang berpatutan. Silalah ke Butik Kacax di Angsana JB Mall. Butik ni dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam.

Facebook: https://www.facebook.com/KACAXORIGINAL/
Instagram: https://www.instagram.com/kacax_official
Lokasi butik:
L3.41, Level 3,
Angsana JB Mall,
Johor Bahru.

Testimoni customer butik kacax

Korang nak dapat diskaun 20% ???

Guna kod ini>> BG10KACAX dan whatsapp ke http://www.wasap.my/60197351037/BG10KACAX.

Macam mana nak dapatkan DISKAUN 20% ?

Hanya print skrin sahaja post blog cik tom ini dan tunjukkan gambarnya semasa korang membuat pembayaran di kaunter Butik Kacax. Promo kod ni SAH utk pembelian online & offline sehingga 10 Jun 2018, 11.59 pm.

Jom shopping raya!!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

32 thoughts on “Suami Kacak Bergaya dengan Kurta Kacax

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE