Susu Apa Yang Terbaik dan Penuh Khasiat?

Susu Apa Yang Terbaik dan Penuh Khasiat? Rasanya ini soalan lazim yang sering menjadi persoalan golongan ibu-ibu yang sentiasa mahu kan segala yang terbaik untuk keluarga tercinta. Ciktom sendiri seorang ibu kepada seorang anak perempuan, Adira. Alhamdulillah ciktom masih menyusukan adira dengan susu badan sepenuhnya.

Kalau sebut je susu Fernleaf perkara pertama yang terbayang di fikiran ciktom ialah lagu IBU.

Ibu..Ibu…
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu..ibu…
Engkaulah ratu hatiku.

Korang masih ingat tak lagu ni?? Kalau nyanyi lagu ni rasa terimbau kenangan lama dan perasaan rindunya membuak-buak pada ibu di kampung.

Rutin harian ciktom, breakfast pagi sediakan menu mudah, cepat dan sihat untuk tenaga sepanjang hari gitu. Susu memang tak penah miss minum setiap hari.

Dari zaman sekolah asrama memang favourite susu brand Fernleaf ni. Cuma dulu Fearnleaf keluarkan susu tepung je, sekarang yang best dah ade susu UHT. Mudah tuang dari kotak je & terus minum.

Selama ni ciktom tak menahu pulak rupanya susu Fernleaf ni susu diperah dari lembu New Zealand. Susu yang  terhasil berkualiti daripada lembu yang dijaga rapi, yang bebas meragut rumput segar di New Zealand serta kaya dengan Vitamin A dan D.

Oh begitu rupanya, selama ni minum sebabnya rasa lemak berkrim dan tak terlalu manis. Memang kena dengan tekak ciktom.

Dulu Fearnleaf keluarkan susu tepung je, sekarang dah ade susu UHT. Mudah diminum terus. Susu Fernleaf, dihasilkan 100% dari susu lembu dari New Zealand. Susu yang berkualiti, susu daripada lembu yang dijaga rapi, yang bebas meragut rumput segar di New Zealand.

Susu Fernleaf, susu sesuai untuk seisi keluarga. Kaya dengan nutrisi, kalsium, vitamin A dan D. Pastinya susu Fernleaf 100% Mmmmm memang sedap!

Sekarang mudah nak sarapan pagi ataupun bila-bila masa sebab adanya Susu UHT Fernleaf yang diperbuat dengan 100% susu dari New Zealand memberi nutrisi tenusu yang mencukupi untuk sekeluarga saya.

Susu Fernleaf UHT ini boleh didapati di dalam tiga pilihan iaitu full krim, rendah lemak dan coklat bagi memenuhi pelbagai cita rasa yang berbeza untuk semua golongan usia.

Untuk maklumat lanjut tentang Fernleaf, korang boleh layari Facebook Fernleaf Malaysia untuk kemas kini terbaru daripada mereka.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

4 thoughts on “Susu Apa Yang Terbaik dan Penuh Khasiat?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE