Perasmian Pejabat SEDA Malaysia di Sabah

Malaysia banyak bergantung dengan pembakaran bahan api fosil dalam penjanaan tenaga elektrik. Pembakaran ini melepaskan gas karbon dioksida ke atmosfera yang merupakan antara punca berlakunya pemanasan global dan perubahan iklim.

Oleh itu, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menggunakan sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang lebih mesra alam bagi mengurangkan kebergantungan terhadap sumber bahan api fosil.

Baca #1: Tenaga Boleh Baharu (TBB)

Sabah memang dikenali dengan negeri yang kaya dengan keindahan alam flora dan fauna serta kepelbagaian sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB). Pembukaan pejabat SEDA Malaysia bagi cawangan Sabah ini sejajar dengan penyertaan negeri Sabah dalam program Feed-in-Tariff bermula tahun ini yang akan melibatkan penyertaan individu, industri serta komuniti dalam mempromosi dan membangunkan TBB.

Baca #2: Feed-in Tariff

Sumber: SEDA Malaysia

Ianya telah dirasmikan oleh  Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air iaitu YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili pada 21 April 2014 di Likas Commerical Square, Kota Kinabalu, Sabah.

Sumber: SEDA Malaysia

Bagi mempromosikan penggunaan tenaga boleh baharu di Malaysia, Kerajaan telah melaksanakan Feed in Tariff, suatu mekanisme baru di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu 2011.  Bermula pada 1 Januari 2014,Kerajaan akan Kerajaan telah meluluskan semakan semula tarif elektrik dengan caj baru iaitu pada kadar 1.6% untuk dibayar ke dalam Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu yang akan dicaj ke atas bil bulanan pengguna. Walaubagaimanapun,  pengguna-pengguna domestik dengan penggunaan 300 kWj atau RM77  ke bawah bagi Semenanjung Malaysia dan RM69 bagi negeri Sabah dikecualikan daripada caj tambahan ini.

Di sini pihak SEDA Malaysia memainkan peranan utama untuk untuk mentadbir dan menguruskan pelaksanaan Feed in Tariff. Surcaj 1.6% dicaj dari bayaran bil elektrik bulanan ini akan digunakan untuk membayar kepada pembekal sumber tenaga boleh baharu yang membekalkan elektrik tambahan bagi menampung tenaga elektrik setiap bulan.

 

Sumber: http://images.bernama.com/

Kuota Tenaga Boleh Baharu bagi Tarif Galakan akan dibuka sebanyak 65 MW akan ditawarkan secara keseluruhannya dengan pecahan sebanyak 10 MW untuk Biogas, 15 MW untuk Biojisim dan 40 MW untuk Solar PV

Daripada jumlah ini, sebanyak 5 MW akan dikhaskan bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. SEDA Malaysia juga telah menyediakan kategori baru sumber Solar PV sebanyak 5 MW bagi kategori Solar PV Komuniti untuk memberi peluang kepada institusi tertentu seperti rumah-rumah kebajikan dan rumah ibadat untuk menyertai mekanisma Tarif Galakan.

Cik tom harap pengenalan program FiT di Sabah akan mendapat sambutan yang menggalakkan dalam menyokong usaha kerajaan dalam membangunkan sumber tenaga boleh baharu. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web SEDA Malaysia di www.seda.gov.my.

Sumber rujukan;

  1. SEDA Malaysia (official website)
  2. KeTTHA
  3. Sambutan luar jangkaan: Maximus

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!