Resepi Nasi Lemak Cara Mudah dan Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…Dah tengok dan cuba resepi nasi minyak, resepi nasi tomato, resepi nasi planta dan nasi goreng cina timur?? Kali ini cik tom nak kongsikan resepi cara nak buat nasi lemak pula ye. Nasi lemak ini antara sarapan kegemaran orang Malaysia. Tapi cik tom tak gemar sangat makan nasi lemak sebab rasa terlampau kenyang kalau dah makan tue. hee…

Resepi Nasi Lemak Cara Mudah dan Sedap
Resepi Nasi Lemak Cara Mudah dan Sedap

Bahan- bahan Resepi Nasi Lemak Cara Mudah dan Sedap (untuk 4 orang):

Bahan A (untuk nasi)

3 cawan beras (dibasuh dan ditoskan)
3 ½ cawan santan pekat
2 helai daun pandan (disimpul)
Sedikit gula dan garam

Bahan B (untuk sambal)

1 labu bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih (dikisar)
4 sudu besar cili giling
Sedikit asam jawa
1 inci halia (diketuk)
2 helai daun pandan (disimpul)
¾ gula melaka
Sedikit gula dan garam
Minyak untuk menumis

Cara-cara masakan Resepi Nasi Lemak Cara Mudah dan Sedap:

Cara masak nasi lemak:-

1. Satukan kesemua bahan-bahan A ke dalam periuk.
2. Tanak nasi seperti masak nasi biasa.

Cara membuat sambal nasi lemak :-

1. Tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan cili giling, halia, asam jawa dan daun pandan.
3. Tumiskan sehingga pecah minyak.
4. Masukkan sedikit air, kemudian masukkan gula melaka, bawang besar serta sedikit gula dan garam.
5. Tumis sehingga pecah minyak sekali lagi.
6. Masukkan bilis goreng ke dalam sambal atau boleh juga diasingkan dari sambal tadi.
7. Hidangkan bersama ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, timun dan telur.

* Tips tambahan:- gunakan kelapa tua dan elakkan kelapa muda, kerana kelapa muda kurang bersantan dan nasi akan kurang berlemak.

Sampai disini sahaja program masak-masak bersama cik tom. hee.. Selamat mencuba Resepi Nasi Lemak Cara Mudah dan Sedap!!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

41 thoughts on “Resepi Nasi Lemak Cara Mudah dan Sedap

  • December 11, 2012 at 12:52 am
    Permalink

    mlm2 ni tgk nasi lemak terus lapar…huhu

    Reply
  • December 11, 2012 at 12:58 am
    Permalink

    hai ciktom,
    nasi lemak menjadi sarapan pagi kegemaran saya sejak kebelakangan ini.. tak tahu apa sebabnya.. hehe, tq dengan resepi tu.

    Reply
  • December 11, 2012 at 8:22 am
    Permalink

    nasi lemak mmg kegemaran ramai utk sarapan, terutama pakcik2 sy yg buat bendang

    Reply
  • December 11, 2012 at 8:35 am
    Permalink

    Tengok ni terliur. Tengah berpantang ni makanan macam ni. Sabooor jeler

    Reply
  • December 11, 2012 at 10:03 am
    Permalink

    hmm saya pun tau resepi nasi lemak sedap.. pegi kedai makan cik normah pagi2.. gerenti sodap.. 😀

    Reply
  • December 11, 2012 at 11:12 am
    Permalink

    Baru selesai makan nasi lemak pagi tadi, walaupun nasi lemak ni kekadang agak berat, tapi kalau makan pepagi penangan dia mantap juga. 😀

    Reply
  • December 11, 2012 at 11:33 am
    Permalink

    baru tengok tajuk je dah teringin..teruk betul!

    kalau versi saya, tambah halia utk masak nasi tu. dan tambah belacan utk sambal tu.

    Reply
  • December 11, 2012 at 11:54 am
    Permalink

    dah pernah buat sendiri ke?

    Reply
    • December 11, 2012 at 3:24 pm
      Permalink

      tu gambar buat sendirilah…bukan curik gambar orang lain punye pastu mengaku gambar sendiri..semua gmbr masakan dan resepi telah dicuba dan diubahsuai oleh cik tom sendiri..bukan juga buat entry main copy paste je..hoho.. ;p

      Reply
  • December 11, 2012 at 12:02 pm
    Permalink

    dulu asal nk makan nasik lemak je mesti time pagi2. tp skrg, tengah malam pun masih boleh makan nasik lemak 😀

    Reply
  • December 11, 2012 at 1:45 pm
    Permalink

    ns lemak fav sy..mmg slalu breakfast nasi lemak..smpai ofismate pon cakap laa ns lemak lagi hari ni..kdg2 lunch pon makan ns lemak..hehee
    tu yg bnyak lemak tu..hehee..

    Reply
  • December 11, 2012 at 2:47 pm
    Permalink

    nasi lemak dan warga Malaysia saling perlu memerlukan…hehe

    Reply
  • December 11, 2012 at 9:22 pm
    Permalink

    perghhh ikan bilis garing tu
    makan dengan nasi je pon dah ok ekekekekekee

    Reply
  • December 11, 2012 at 10:24 pm
    Permalink

    pekene sambal sotong mmg lupa nk msuk opis..hehe

    Reply
  • December 11, 2012 at 11:01 pm
    Permalink

    dulu dekat senibong jay bee ada satu kedai nasi lomak yang kau – kau, tapi sekarang aku dah tak tahu dah lama sangat tak kesana

    Reply
  • December 11, 2012 at 11:01 pm
    Permalink

    ambbooiiihh, sedap bebenor, hehe,

    salam perkenalan dari,
    guabudakbaik.blogspot.com

    Reply
  • December 11, 2012 at 11:43 pm
    Permalink

    baru tadi makan ..pergghh..sodap..hahaha..

    Reply
  • December 12, 2012 at 12:20 am
    Permalink

    kawan aku memang minat sangat makan nasi lemak ini, pagi, tengahari, malam hehe

    Reply
  • December 12, 2012 at 12:32 am
    Permalink

    sedapnye laa tengok tengah2 malam ni…tapi nak masak tak rajin… main beli je selame ni… pemalas sangat nak masak.. hihi

    Reply
  • December 12, 2012 at 1:24 am
    Permalink

    salam..
    ermm..telur dia tak cantik la,
    dah tak jadi mata kobau laie..
    he he

    Reply
  • December 12, 2012 at 1:33 am
    Permalink

    Nasi Lemak ini unik. Walaupun ramai yang boleh buat tetapi rasanya berbeza diantara satu sama lain.

    Teringatka Nasi Lemak saya hidang kepada rakan mat saleh di Australia sebelum pulang ke Malaysia. Mereka siap minta resepi. 🙂

    Reply
  • December 12, 2012 at 2:07 am
    Permalink

    isteri saya, mak saya serta ibu mertua mmg suka masak nasi lemak.
    ketiga2nya saya suka sebab memang ada perbezaan antara ketiga2 masakan samaada dari sudut nasi lemak itu ataupun sambal

    Reply
  • December 12, 2012 at 2:40 pm
    Permalink

    Makan nasi lemak cepat rasa mengantuk.. sekali sekala boleh ar mkn

    Reply
  • December 12, 2012 at 3:56 pm
    Permalink

    sedapnya…laparlah plak

    Reply
  • December 12, 2012 at 5:02 pm
    Permalink

    wow…cerita pasal nasi lemak ini memang best…semua tertakluk pada sambalnya sahaja….kalau sambalnya memang sedap sampai menjilat jari…makan dengan nasi biasa pun jadi…:)

    Reply
  • December 13, 2012 at 6:38 am
    Permalink

    pagi-pagi jalan sini nampak nasi lemak ni..terus lapar…

    Reply
  • December 14, 2012 at 12:21 am
    Permalink

    memang nampak mudah
    nak buat tu yg malas

    ade nasi lemak malas tak? 🙂

    Reply
  • December 16, 2012 at 8:37 am
    Permalink

    pandainya cik tom masak..untung ler..haha..emm memang doh kan..makan nasi lemak ni cepat kenyang..tak tau la kenapa…

    Reply
  • February 10, 2013 at 10:17 am
    Permalink

    Assalammualaikum,

    ciktom thanks I like nasi lemak, even though I hail from abroad: (
    but nasi lemak is the favorite food, but I just do not like sambal only.

    from: illya in makkah

    to: ciktom in ……..

    Reply
  • May 9, 2017 at 2:23 pm
    Permalink

    Nasi lemak speciality Malysia memang mashur sangat. Cita rasa nasi dengan aroma santan kelapa dengan side dish ikan bilis dan telur memang menu sarapan sihat dan menggugah selera.

    Reply
  • May 13, 2018 at 6:43 pm
    Permalink

    Tak sabar mahu cuba resepi nasi lemak kat rumah

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!