Perbandingan Emas Perhiasan Dan Emas Jongkong

Salam ceria kepada semua yang singgah di blog cik tom.. Sebelum ini, pernah cik tom kongsikan entry mengenai; Cik Tom Pilih Emas Sebagai Simpanan Masa Depan dan juga Fakta dan Cara Nak Kenal Emas. Ada yang bertanya ingin tahu lanjut apa perbezaan antara emas perhiasan dan emas jongkong? Di sini cik tom kongsikan serba sedikit perbezaan antara emas perhiasan dan jongkong emas. Jika ada yang nak tambah/ perbaiki maklumat lain dipersilakan.

Emas Perhiasan
Emas Jongkong (gold coin / gold bar)
Kepelbagaian rekabentuk yang menarik.
Rekabentuk yang terhad iaitu bentuk duit syiling atau jongkong.
Cantik dan mudah dibawa ke mana-mana. Sesuai digayakan sebagai perhiasan. Kita lebih cenderung untuk menyimpan sesuatu yang kita gunakan, berbanding sesuatu yang tidak digunakan.
Hanya sesuai untuk pelaburan semata-mata.
Kadar upah dikenakan mengikut rekabentuk. Lagi canggih/ complicated rekabentuk lagi tinggi kadar upah.
Tiada upah dikenakan, hanya berdasarkan berat emas.
Mudah dijual semula dan dipajak di mana-mana pajak gadai atau bank Ar-Rahnu.
Mudah dipajak di pajak gadai konvensional. tapi hanya Ar Rahnu terpilih sahaja menerima pajakan emas jongkong.
Kepelbagaian kualiti dan harga, modal bergantung kepada kemampuan kewangan individu.
Terdapat kepelbagaian saiz, bergantung kepada kemampuan kewangan individu. Saiz paling kecil ialah dinar emas.

Ketulenan emas berbeza bergantung pada rekabentuk. Sekiranya jenis ‘kosong’ mutu emas biasanya tidak dapat dinilai dengan tepat.
Ketulenan emas jongkong dapat dinilai dengan tepat kerana berat yang tepat dan jitu.
Contoh di Terengganu, zakat emas perhiasan yang dipakai tidak perlu dibayar kecuali jika cukup haul, iaitu apabila melebihi 850g.
Contoh di Terengganu, zakat emas yang disimpan perlu dibayar apabila cukup haul, melebihi 85g.
Fikiran kebanyakan penyimpan emas perhiasan, biasanya emas perhiasan lebih dihargai dan disimpan lebih lama kerana mempunyai sentimental value. Secara tidak langsung emas tersebut menjadi pelindung kekayaan dan akhirnya mendapat pulangan yang berlipat kali ganda.
Fikiran kebanyakan pelabur emas, biasanya emas jongkong dijual semula apabila harga telah mencapai target keuntungan, sekaligus tidak memaksimumkan pulangan. Dalam masa yang sama setelah emas tersebut dijual,  harga belian semula sudah lebih tinggi. Ini adalah kerana anggapan yang bermain di fikiran bahawa sebagai “pelabur’ hanya menyimpan emas untuk mendapatkan keuntungan segera, bukannya sebagai medium simpanan kekayaan.

Sesiapa yg membeli emas sudah mempunyai jaminan perlindungan diwaktu kesusahan. Emas boleh diibaratkan seperti insurans. Belilah ia untuk perlindungan diri kita sendiri dan juga keluarga. Tidak rugi beli emas untuk simpanan masa depan.

Kepada semua yang melabur mahupun menyimpan beringatlah untuk bayar zakat emas jika cukup haulnya seperti dalam entry Hukum Zakat Emas dari Perspektif Islam.

*********************************************************************************

42 thoughts on “Perbandingan Emas Perhiasan Dan Emas Jongkong