Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Sekarang muncul lagi musim demam. Yang paling kesian kalau kena demam campak. Bila dah kena demam campak, habis naik satu badan ruam merah, selesema, batuk dan juga lenguh-lenguh badan. Habis naik gatal satu badan. Kebiasaannya apabila dah kena penyakit kita akan pergi dapatkan rawatan dan ubatan dari klinik yang berdekatan. Untuk penyakit campak, doktor biasanya akan bagi ubat paracetomol (untuk demam) dan calamine losyen (untuk gatal) sahaja. Di samping itu, boleh juga dapatkan ubat anti viral dari klinik berbayar tapi harganya agak mahal.
Selain kita mencuba kaedah perubatan dari klinik, apa salahnya kita turut praktiskan cara rawatan menggunakan petua orang tua-tua untuk penyakit demam campak. Terdapat banyak pantang larang dan ada pelbagai versi;
1. Minum air kelapa yang segar dari pokok kelapa. Selawat 3 kali dan doa minta cepat sembuh. Air kelapa segar berfungsi untuk mengeluarkan semua virus demam campak dari badan.
2. Untuk mengelakkan gatal pada badan pula, gunalah daun semambu dari pokok semambu dengan meletakkan daun itu dibawah cadar dan bantal sebagai alas tidur. Selain itu, boleh tumbuk lumat dengan beras, kemudian sapukan pada bintik-bintik di badan. Boleh juga mandikan anak dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa.
Daun semambu
3. Mesti mandi dgn kadar yg agak banyak (untuk sejukkan badan) dan mandi dgn perlahan (supaya bintik-bintik pada badan tidak pecah).
4. Elakkan makan kicap/ makanan berkicap sebab makan berkicap menyebabkan parut atau kudis berbekas hitam.
5. Elakkan makan makanan terlalu berminyak yang boleh menyebabkan badan bertambah gatal.
6. Elakkan terkena air hujan kerana boleh menyebabkan parut itu kekal.
7. Elakkan menggaru badan. Jika bintik air pecah akan menyebabkan cepatnya tersebar pada bahagian badan yang lain.
8. Elakkan minum minuman berais (sejuk) dan juga elakkan makan telur.
9. Elakkan bercampur dengan orang lain kerana penyakit demam campak adalah jenis penyakit yang berjangkit.



yang last tu sedih..kalu dah kawin camana? he he
kalau kahwin??ciktom belum kahwin lagi akak..xdapat nak jawab..kui3 ;p
uish saya dah kena dah…. harap tak kena la lagi
cik tom kena 2x…serik dah..huhu
2 bln lepas anak kena demam campak..2 minggu lps tu serentak saya dan suami kena pulak..solutionnya terpaksa balik kampung sb xde sape nak jg kami..petua2nya hehe mcm di atas la kami praktikkan..
petua orang lama untuk demam campak memang mujarab..cik tom pun praktikkan petua ni..alhamdulillah cepat sembuh..parut semua pun hilang cuma ada tertinggal satu je kat tangan..orang cakap tue ibu campak…yg 1st kena mmg xhilang..entah betul x…huhuhu
mas de pengalaman tentang ni.nanti nak wat entry la pasal pengalaman terseksa mas.hahahah..
bagus jugak kalau mas nak share pengalaman mas..nanti ciktom jenguk baca..hee
daun semambu tu susah nak jumpa la cik tom..bukan ada orang jual..
kan??kena cari merata jugak la..
ni kes masa anak sedara kena demam campak dulu la..jenuh cari daun semambu..
memang xde jual akak..kalau duk kat kampung senang je nak cari..hee
terima kasih atas info.anak buah sedang kena demam campak.kesian…
owh..semoga anak buah semakin sihat dan cepat sembuh..
salam..kak, klo org dewasa yg kena cmpak sama bhya x dengan budak kecik yg kena campak? hsband kena cmpak..tp x nak g klinik..minum 100 plus je dh cukup katenye..
skrang ni sy plak tgh demam + batuk + selsema
sama je bahayanya..cuma orang dewasa dah ada antibodi tinggi compare dengan budak kecil..ciktom nasihatkan pergi klinik..bl dpt ubat sapu tue boleh kurangkan gatal pada anak..1lg kl xmkan ubat nanti lmbt sembuh..mudah jangkit pada orang lain pulak..
Ciktom nk tanye ni..sy pernah kena cacar tapi bukan air tawar pun boleh ke untk kegatalan badan….
bukan air tawar camane tue ye?
thanks ya pertua…serba sedikit dapat membantu…anak tengah kena chicken pox ni….tapi susah gak nak dapatkan daun semambu tu…pakai ubat doktor je…makan pun pantang….
yup daun semambu memang susah nak cari..ciktom pun guna ubat doktor dan pantang makan minum..semoga anak cepat sembuh.
Adoi…Abis Badan penuh ngan bintik2 ni….kt muke makin lame makin besar dan banyak lah…:’(
kalau batuk sakit kat tekak…nak makan x de selere
itulah penangan sakit demam campak..memang terseksa bila ingat balik..huk3
saya baru seminggu lepas demam campak, pergi hospital mase mula kena doktor bagi mc 2 minggu
semoga cepat sembuh..rajin makan ubat n sapu ubat bg cepat kering chicken pox..
Skg nie anak sy kena campak berusia 9bulan .daun semambu tu sy gunakan utk sapu dibadannya.g klinik ibu dan anak d bdr tloh doktor sajidah xnak sentuh dan tgk pon anak kami ,,,katanya takut berjankit ,mmg xguna sungguh doktor kerajaan tersebut!nasib sy xder wife yg bw g.pagi esoknya bw keklinik swasta so dapat ubat sapu yg harganya rm25 tu,doktor swasta layanan terbaik Dan segala info diterangkan.lepas tu sy bagi ank minum air kelapa Dan campak makin byk kluar.selain sapu ubat doktor swasta tu,,,guna daun semambu tu.,moga baby sy cepat sembuh
memang function minum air kelapa utk bagi keluar semua bisa campak dalam badan…semoga anak awak cepat sembuh ye..